RM80 juta peruntukan elaun JKKK Sarawak – Mahdzir
RM80 juta peruntukan elaun JKKK Sarawak – Mahdzir
KERAJAAN meluluskan peruntukan lebih RM80 juta setahun bagi pembayaran elaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wilayah Sarawak.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jemaah kabinet pada 19 November lalu telah memutuskan elaun Setiausaha JKKK, elaun pengendalian mesyuarat dan elaun kehadiran mesyuarat JKKK di Wilayah Sarawak dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.
“Suka saya maklumkan bahawa elaun bagi Pengerusi JKKK Sarawak sudah dibayar dan atas persetujuan Kerajaan Sarawak juga, elaun bagi Setiausaha JKKK Sarawak dan elaun mesyuarat JKKK akan dibayar tidak lama lagi.
“Saya juga ingin memaklumkan bahawa jumlah peruntukan elaun tahunan itu adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri Majlis Pelancaran Projek Bekalan Air Luar Bandar Kawasan Marudi yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. Abang Johari Tun Abang Openg di Miri.
Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, pembayaran bagi ketiga-tiga elaun tersebut yang sebelum ini menggunakan peruntukan Kerajaan Sarawak, dilihat dapat memantapkan lagi jentera pentadbiran JKKK diperingkat akar umbi.
“Selain akan dapat mengurangkan beban kewangan Kerajaan Sarawak khususnya dalam pelaksanaan program pembangunan luar bandar yang melibatkan peranan institusi JKKK.
“Ini adalah sebagai tambahan kepada elaun Pengerusi JKKK Wilayah Sarawak yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini sebanyak RM35.8 juta setahun,” katanya.
Menurut Mahdzir, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan lebih RM213 juta bagi pembayaran elaun untuk 15,434 JKKK dan JPKKP di seluruh negara setiap tahun.
Sementara itu, pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar pula kata beliau, melihat peranan JKKK dan JPKKP adalah amat penting terutamanya dalam situasi negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Justeru tegas Mahdzir, JKKK dan JPKKP bukan sahaja berperanan sebagai ejen penyampai maklumat terkini daripada pihak kerajaan kepada komuniti setempat malah turut terlibat sebagai pelaksana pelbagai program pemerkasaan komuniti yang dianjurkan oleh kerajaan. E9
RM80 juta peruntukan elaun JKKK Sarawak – Mahdzir
Baca Artikel Menarik :
- Roti Gardenia naik 10 hingga 45 sen
- 5 ditahan gaduh tepi jalan guna payung, gergaji
- Guru kecewa, murid jawab ‘lek lah cikgu’
- Fesyen Che Ta macam fesyen masuk tanah – Netizen
- Katak : Chong jangan lupa ayahnya pun pernah lompat – Wong
- DAP mahu status Bumiputera? Bersedia gugur sekolah vernakular?
- Jagung kukus Tok Wan buat ramai terliur
- Pemain JDT dilatih bersikap sombong – Sanusi
- Polis tumpas sindiket penipuan pakej ubah suai rumah
- Gadis cantik penjual kambing bergelar pelajar universiti
- Tiada kerjasama UMNO-BERSATU – Rauf
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.