Jenazah Kolonel Hasnol selamat dikebumi di Washington

Jenazah Kolonel Hasnol selamat dikebumi di Washington

Jenazah Allahyarham Kolonel Hasnol Hisham Abu Hassan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang meninggal dunia di Hospital St Joseph Medical Center Tacoma, Seattle pada Sabtu lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Covington, Washington hari ini.

Allahyarham yang merupakan Pengarah Latih Markas Tentera Udara bahagian Sumber Manusia di Seattle, Washington dilaporkan meninggal dunia pada usia 50 tahun selepas tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Terdahulu, Washington Air National Guard melalui Brigedier Jeneral Gent Welsh telah menawarkan penghormatan dengan melakukan Istiadat Pengebumian Tradisi Ketenteraan kepada Allahyarham dan mengkoordinasi urusan pengebumian dengan dipantau oleh pegawai TUDM yang berada di sana.

Pengurusan jenazah Allahyarham telah dilaksanakan oleh ‘House of Mercy’ dan warga muslim Malaysia yang diketuai oleh Kapten Ayub S. Laari yang turut mengimamkan solat jenazah.

Istiadat pengebumian yang dikoordinasi Washington Air National Guard tersebut juga telah disiarkan secara langsung sebentar tadi.

Difahamkan, Allahyarham berada di Seattle, Washington kerana menghadiri Program ‘Airman to Airman Talks (A2ATs)’ di Camp Murray Seattle, Washington yang bermula pada 14 hingga 19 November ini.

Pada 16 November lalu, Allahyarham dilapor tiba-tiba tidak sedarkan diri dan telah dikejarkan ke Hospital St Joseph Medical Center Tacoma bagi menerima rawatan dan menjalani pembedahan segera akibat ‘acute type of aortic dissection’.

Bagaimanapun, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Rohani Tahir di hospital berkenaan. K Online


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker