#PRNMelaka2021 : Anak-anak Melarang Ibubapa Keluar Mengundi

Oleh Nurul Aisyah

[videopress ccf8VE6W]

RAMALAN penganalisis politik bahawa peratusan keluar mengundi yang rendah pada hari pengundian hari ini ternyata benar. Berdasarkan video di atas ramai pengundi putih dilarang keluar mengundi oleh anak-anak mereka atas alasan Covid 19. Perkara tersebut mengundang kegusaran terhadap para petugas Jalinan Rakyat yang bertanggungjawab untuk menjaga mereka.

Kebimbangan terhadap penularan Covid-19, kelesuan politik dan prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya yang ketat dikatakan menjadi punca utama peratusan keluar mengundi yang rendah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi rendah iaitu 36 peratus setakat tengah hari ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.



Pengundian awal pada 16 November lalu menyaksikan peratusan keluar mengundi sebanyak 89.9 peratus dengan 10,390 pengundi terdiri anggota tentera, polis dan pasangan mereka.

Sejak jam 9 pagi tadi, peratusan keluar mengundi hanya tujuh peratus dan ia menyaksikan sedikit peningkatan kepada 17 peratus pada jam 10 pagi.

Aliran pengundian perlahan itu berterusan sehingga jam 11 pagi dengan SPR mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 27 peratus pada waktu itu.

Sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran mengundi di 28 kawasan dibuka dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang mengikut SOP yang ketat bagi mengelak penularan wabak Covid-19.



Pengundi diwajibkan memakai pelitup muka, menjalani pemeriksaan suhu badan, menggunakan sanitasi dan mengamalkan penjarakan fiziakl.

Khemah khas juga disediakan untuk pengundi bergejala Covid-19. Sebenarnya tiada alasan untuk para pengundi tidak keluar menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka yang mewakili mereka selagi mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker