#PRNMelaka : N05 Taboh Naning – Jangan sia-siakan peluang kemenangan BN
Oleh Wahida
Seorang lagi muka baru bakal mewakili Dun Taboh Naning untuk Barisan Nasional pada 20 November ini. Ia akan menjadi realiti sekiranya pengundi Taboh Naning memberi kemenangan kepada anak tempatan kelahiran di Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin.
Zulkiflee tidak lagi asing kepada penduduk Taboh Naning kerana beliau adalah anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka ke 7, Allahyarham Datuk Seri Mohd Zin Abd Ghani. Namun beliau tidak aktif sebagai ahli politik ketika arwah bapanya dilantik sebagai Ketua Menteri.
Setelah menamatkan pengajiannya di Institut Kemahiran, Zulkiflee telah berkecimpung di dalam perniagaan dan membuka stesen minyak Petronas di Simpang Empat. Bermula dari situ dan setelah mengenali lebih ramai penduduk setempat, Zulkiflee telah mula berminat untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.
Dengan sebab itu, Zulkiflee sangat mengetahui segala kawasan di Dun Taboh Naning.
Memandangkan pembangunan pesat dan pertambahan penduduk di Taboh Naning, meskipun keperluan-keperluan asas seperti klinik kesihatan dan balai polis. Namun Zulkiflee tekad meningkatkan lagi infrastruktur dan fokus kepada memperhebatkan ekonomi setempat. Taboh Naning juga mampu dijadikan tarikan pelancongan terutama di perkampungan orang asli.
Semoga pengundi Taboh Naning memberi kemenangan kepada Zulkiflee calon Barisan Nasional supaya segala yang ditawarkan kepada penduduk tempatan dapat dilaksana. Memilih calon BN bukan sekadar memilih calonnya sahaja kerana bagi Zulkiflee, kemenangan BN di Taboh Naning akan mampu menyumbangkan satu kerusi DUN untuk membentuk kerajaan BN di Melaka untuk 5 tahun lagi.
Yakinlah hanya Barisan Nasional mampu membawa kestabilan demi kemakmuran masyarakat Taboh Naning dan janganlah sia-sia peluang untuk kemenangan BN dan Zulkiflee.
You must be logged in to post a comment.