#PRNMelaka : Sana-sini ahli-ahli PPBM kecewa dan tinggalkan parti. Apa dah jadi?
Oleh Wahida
Kesetiaan kepada perjuangan sememangnya dituntut namun apabila kekecewaan mengatasi segalanya, tindakan seterusnya adalah meninggalkan yang sebelum ini dikorbankan. Sejarah penubuhan PPBM hanyalah kerana kononnya kecewa dengan UMNO dan mejadi matlamat utama mereka untuk mengganti UMNO.
Malahan hampir kesemua ahli PPBM hanyalah diimport dari UMNO. Dengan tindakan PPBM ini, mereka juga bercita-cita agar cawangan-cawangan UMNO bakal terbubar dan akhirna mampu menggugat UMNO.
Setelah hampir di penghujung waktu berkempen untuk PRN Melaka, satu demi satu berita diterima, di sana-sini ahli-ahli PPBM secara terbuka telah mengumumkan keluar parti.
Seramai 95 ahli PPBM telah isytihar keluar dari PPBM di hadapan Ketua Bahagian Tangga Batu UMNO Datuk Seri Dr Mohamad Ali Mohamad yang juga adalah calon BN bagi
DUN Sungai Udang. Hasrat mereka untuk menyertai UMNO disambut baik memandangkan sikap terbuka UMNO yang memberi peluang kepada siapa sahaja terutamanya mereka yang ingin kembali secara sukarela bersama-sama UMNO.
Pada masa yang sama, lebih memeranjatkan apabila 500 ahli PPBM di Dun Pengkalan Batu terdiri daripada 4 pusat mengundi di Pasir Puteh, Taman Rumpun Bahagia, Peringgit dan Kampung Pengkalan Batu mengisytiharkan diri mereka keluar parti serta-merta.
Alasan yang sama diberikan apabila kecewa dengan kepimpinan negeri dan bahagian Hang Tuah Jaya yang dikatakan tidak pernah mengendahkan hal-hal kebajikan akar umbi. Lebih mengecewakan apabila calon Pengkalan Batu yang bukan anak tempatan menjadi pilihan pihak atasan dan mereka tidak langsung dilibatkan sebagai jentera pilihanraya.
Nampaknya kesetiaan ahli yang digembar-gemburkan Muhyiddin setia kepada parti tidaklah seindah seperti apa yang didakwanya malahan ini satu petanda PPBM telah goyah terutamanya di DUN Pengkalan Batu dan juga Tangga Batu.
Walaupun sedaya mungkin akan dinafikan kesan yang akan menimpa mereka, hakikatnya tindakan ahli-ahli PPBM ini telah melibatkan 4 peti undi penting dan mampu beri kemenangan kepada BN/UMNO.
You must be logged in to post a comment.