Bajet 2022 lulus dengan sokongan majoriti

Bajet 2022 lulus dengan sokongan majoriti

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat petang ini, meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 atau Bajet 2022 peringkat dasar.

RUU itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa perlu melalui undian belah bahagi.



Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, pada jam 5.20 petang.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menggulung perbahasan kira-kira sejam.

Kelulusan RUU berkenaan akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.

Minggu depan, perbahasan akan melalui peringkat jawatankuasa sebelum pengundian sekali lagi dilakukan.



Selain Kementerian Kewangan, empat lagi kementerian menggulung perbahasan hari ini ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Wilayah Persekutuan serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. BH

Bajet 2022 lulus dengan sokongan majoriti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?



Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker