#PRNMelaka :Jika pilih si ‘Heavyweight’ Rauf, penduduk Tanjung Bidara sejahtera
Oleh Wahida
Oleh itu kemenangan Barisan Nasional di DUN Tanjung Bidara perlu dikekalkan bukan untuk keuntungan individu tetapi kekal sebagai zon parti kerajaan. Walaupun calon BN, Datuk Rauf Yusof diberi gelaran ‘Heavyweight’ oleh ahli-ahli politik tanahair samada dari pihak kawan mahupun lawan, kemenangan Dato Rauf adalah kemenangan untuk Barisan Nasional dan satu kerusi BN ditambah.
Pada PRU14 lalu, beberapa kerusi kuat BN seperti di Paya Rumput, Klebang, Machap Jaya, Bemban dan beberapa lagi telah dimiliki Pakatan Harapan. PH menang bukan kerana kekuatan mereka dalam berpolitik bersih tetapi PH telah menabur janji-janji bulan dan bintang kepada rakyat yang akhirnya mengaku tidak mampu menunaikannya.
Kini kesemua kubu kuat BN pasti akan dirampas semula dan pada 20 November nanti, rakyat Melaka perlu menghukum mereka.
DUN Tanjung Bidara mempertaruhkan seorang figura yang diberi gelaran ‘heavyweight’, namun Dato’ Rauf bukan sahaja menepati gelaran itu kerana kebijaksanaannya mengatur langkah politik tetapi beliau juga seorang yang mempunyai misi dan visi melangkaui kepintaran yang lain, iaitu pembangunan ekonomi rakyat.
Memandangkan pertumbuhan ekonomi di Tanjung Bidara masih perlahan, Dato’ Rauf tekad memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur dan sekaligus dijadikan sebagai ‘game changer’ untuk Tanjung Bidara dan penduduknya.
Potensi pembangunan Tanjung Bidara terjejas apabila kesalinghubungan dengan pusat bandar dan lebuhraya tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, perkara utama yang akan diperjuangkan adalah pembinaan lebuhraya pesisr pantai dipercepatkan perlaksanaanya.
Nama Tanjung Bidara sinonim dengan destinasi pelancongan luar dan dalam negara. Ia juga memiliki destinasi lain seperti Pantai Pengkalan Balak, Perigi Lawa dan Padang Kemunting. Kesemua destinasi pelancongan ini dapat dinaikkan taraf jika perlaksanaan infrastruktur asas serta hubungan lebuh raya dapat dilaksanakan.
Hanya mereka yang bergelar ‘heavyweight’ saja mampu memikirkan cadangan sebegini dan tekad melaksanakannya. Oleh itu, bertepatan sekali jika Dato Rauf diberi kemenangan pada 20 November nanti untuk merealisasikan pertumbuhan ekonomi penduduk Tanjung Bidara.
You must be logged in to post a comment.