#PRNMELAKA2021: Lari Tinggalkan Pengundi BN Tidak Perlu Minta Maaf – Mas Ermi

Oleh Megat Terawih

Sehingga ke hari ini, ahli parlimen masjid tanah tidak pernah memohon maaf kepada pengundi BN yang memenangkan beliau di PRU ke 14 yang lalu.

Beliau juga tidak pernah berjumpa dengan jentera UMNO BN yang membantu beliau sepanjang kempen pilihanraya umum tersebut dan meminta maaf kerana meninggalkan UMNO dan menyertai Mahathir secara tergesa-gesa.



Paling terasa adalah ahli puteri UMNO Masjid Tanah. Wang dana yang sepatutnya ada untuk sayap UMNO membuat kerja-kerja kebajikan dan program kemasyarakatan seperti ‘hilang’ begitu sahaja.

Menurut sumber, Mas tidak kesal dan baginya tidak perlu untuk memohon maaf. Kemenangan beliau adalah kerana pengundi Masjid Tanah mengenali beliau dan atas sebab populariti beliau di kampungnya.

Mas mengambil keputusan melawan Rauf atas dasar beliau lebih rapat dengan pengundi dan lebih banyak membantu rakyat di kawasan Dun Tanjung Bidara.

Tak perlu minta maaf!



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker