#PRNMELAKA2021: Cerita Wakil Rakyat Basuh Telekung Setiap Masjid Dan Surau Satu Pembohongan
Oleh Megat Terawih
Hari ini petugas kempen Mas Emi mula menjaja cerita di kedai kopi dan menggunakan beberapa pengurus kempen media sosial supaya menyebarkan berita kononnya:
1. Mas bakal menang besar kerana sepanjang dia menjadi ahli parlimen, dia rajin turun padang bertemu rakyat.
2. Calon PN yang popular dengan gelaran Katak kerana melompat kepada parti Mahathir sebaik sahaja selesai Mesyuarat Agung UMNO Malaysia. Selepas berikrar akan menyokong Presiden UMNO Zahid Hamidi kerana waktu itu beliau adalah ketua puteri UMNO Malaysia.
3. Tidak perlu ulas berhubung isu duit peruntukan pilihanraya kepada puteri UMNO Malaysia berapa jumlah yang beliau dapat dan berapa yang diagihkan kepada puteri seluruh Malaysia.
4. Jasa yang begitu menyentuh hati penduduk parlimen Masjid Tanah adalah kain telekung di surau dan masjid, Mas akan ambil dan bersihkan.
Kami bertanyakan isu no 4 sahaja memandangkan yang lain itu hanyalah ‘color’ untuk ‘polish’ imej calon PN yang amat-amat teruk di kampung sendiri.
Logikkah orang kampung tinggalkan telekung solat mereka di surau dan masjid?
Surau dan masjid di kampung adalah tempat imarah penduduk setempat dan bukannya tempat Rehat dan Rawat sepanjang lebuhraya.
Memang ada surau dan masjid yang sediakan persalinan untuk musafir berhenti solat dan sekiranya ada kecemasan bagi kariah setempat.
Tidak perlulah menggunakan nama masjid dan surau untuk meraih undi.
Tanya ajk masjid dan surau, siapa lagi kalau bukan calon BN Dato Rauf yang begitu pemurah hulurkan bantuan kepada tempat solat umat Islam di sini.
“Pantang minta, Dato Rauf akan bantu walaupun beliau bukanlah wakil rakyat” kata salah seorang pengerusi masjid di Dun Tanjung Bidara.