#PRNMELAKA2021 : Penyokong PAS Bantu Jentera BN Di Melaka

Sebaran :

Oleh Ustaz Jeff

Sesuatu yang amat mengejutkan apabila terdapat penyokong PAS yang buat keputusan untuk membantu jentera BN dan seterusnya menyokong calon BN dalam PRN Melaka kali ini.

Menurut Hj. Azkar Hj. Harun beliau amat terkejut dengan tindakan pucuk pimpinan PAS yang memutuskan untuk menggunakan bendera Perikatan Nasional dalam PRN di Melaka.

“Saya ahli PAS setelah bekerja sama dengan Adun (BN) selama setahun setengah (Muafakat Nasional) telah nampak keserasian dalam banyak segi terutamanya dari segi kebajikan.”



“Sebab sewaktu covid banyak bantuan yang diperlukan sama ada orang PAS ke, BN ke semua golongan kita berikan tanpa memilih bulu.” Katanya.

“Agak mengejutkan apabila pihak atasan untuk berada di pihak PN sedangkan akar umbi tetap bersama (Muafakat Nasional).” Katanya lagi.

Seorang lagi ahli PAS yang ditemui, Mohd Baikhaki bin Basiran berkata, “Saya kena berfikir secara lebih matang untuk memilih pemerintah dan saya akan memberi sokongan seratus peratus kepada BN dan saya setiap malam turun untuk bekerja untuk dia (calon BN).”

Ketika ditanya mengenai keputusan pimpinan PAS untuk menggunakan bendera PN dan bukan atas prinsip MN beliau berkata jika bapak kencing berlari takkan anak nak kencing berdiri. Itulah perumpamaannya.



Rata-rata penyokong PAS di Melaka kecewa dengan tindakan pimpinan PAS apabila membuat keputusan untuk membelakangi BN dan UMNO dalam PRN di Melaka.

Link Youtube:


Sebaran :

Leave a Reply