#PRNMELAKA2021: Penyokong Mas Ermieyati Kecewa

Sebaran :

Oleh Megat Terawih

Sungguh mengecewakan, itulah luahan hati seorang pesara guru yang mendakwa beliau antara jentera utama bekas ketua puteri UMNO Malaysia  Mas Ermieyati Samsudin yang melompat lari dari UMNO dan menyertai PPBM.

Sehingga hari ini Cikgu Latif tidak mengetahui kenapa calon BN tersebut meninggalkan UMNO dengan tergesa-gesa seolah ada sesuatu yang tidak kena.

Hari ni beliau mengajak pengundi Tanjung Bidara sekali lagi memilih calon BN Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh untuk menjadi wakil rakyat mereka.



Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri tersebut berdepan saingan tiga penjuru dalam usaha mempertahankan kubu kuat Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah itu yang pertama kali bertanding, bakal ditentang Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hasan.


Sebaran :

Leave a Reply