#PRNMelaka : Rais Yasin penyelesai masalah penduduk Paya Rumput

Oleh Wahida

Sebagai anak jati, bertepatan apabila Rais Yasin dipilih sebagai calon N13 Paya Rumput mewakili BN/UMNO untuk pilihanraya negeri Melaka, di sini beliau dilahirkan dan di sini juga beliau dibesarkan.

Politik telah menjadi sebahagian dari hidupnya memandangkan Rais telah bercampur dengan orang politik sejak dari kecil lagi. Namun, ketika berada di Syria untuk melanjutkan pengajiannya, kesedaran timbul betapa perlunya kestabilan untuk mereka yang sayangkan negara.

Misi pertama sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat, Rais mahukan warga Paya Rumput faham yang wakil rakyat mereka akan ada bersama-sama mereka untuk
menyelesaikan masalah.

Nasihat Rais kepada anak-anak muda agar berdamping dalam politik. Jika mereka ingin menyumbang kepada negara, platform politik  adalah mustahak.

Rais juga ingin penduduk Paya Rumput mengetahui bahawa memilih beliau bermakna memilih diri mereka yang diwakili seorang ‘Local Boy” yang datang dari mereka semua.

Oleh yang demikian, sememangnya tidak pelik apabila Rais mampu mengenalpasti kawasan-kawasan seperti di Cheng, Tanjung Minyak, Taman Rambai Jaya dan Kampong Kerubong yang terjejas akibat banjir kilat baru-baru ini.

Bagi merancakkan lagi ekonomi penduduk tempatan di DUN Paya Rumput, Rais berhasrat untuk mewujudkan “Uptown Paya Rumput”. Ini mampu meningkatkan peluang berniaga khususnya golongan anak-anak muda.

Di Paya Rumput hanya terdapat satu saja Program Perumahan Rakyat atau PPR iaitu di Kerubong. Oleh itu, PPR perlu di perbanyakkan lagi bagi penempatan penduduk dalam memenuhi perkembangan ekonomi Paya Rumput.

Namun untuk berjanji menyelesaikan setiap pemasalahan mereka atau merealisasikan perancangannnya, Rais perlu berada di dalam struktur kerajaan negeri Melaka dan kini Rais telah pun bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat Paya Rumput.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker