PRN Melaka: N12-Pantai Kundor – Salah satu kerusi panas, mantan kekal bertanding

Oleh Wahida

Tidak sukar untuk diperkenalkan calon kita dari Barisan Nasional ialah Tuminah Kadir @ Mohd Hasim atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Ina di kalangan warga Pantai Kundor. Hampir semua warga Pantai Kundor mengenalinya kerana beliau bukan saja aktif dalam parti tetapi bergerak aktif di dalam beberapa NGO di Melaka.

Menariknya di hari penamaan calon N12 Pantai Kundur, calon-calon yang bertanding diumumkan oleh Pengurus pilihanraya – Puan Nor Jiziyaty Jimat dengan memakai pakaian PPE dari dalam van bergerak kerana beliau mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.



Proses pencalonan diadakan di SMK Kampung Gelam, berjalan dengan lancar dan pantas mengikut waktu yang telah ditetapkan SPR.

Kak Ina dan wakil pencadang serta yang menyokong telah tiba awal di perkarangan luar dan tepat pukul 9.00 pagi, mereka telah menghantar borang pencalonan dan diikuti dengan calon-calon lain dari Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

N12 Pantai Kundor adalah di antara kerusi panas di mana mantan ADUNnya Datuk Nor Azman Hassan telah dipecat sebagai ahli UMNO apabila beliau telah bersekongkol bersama-sama 3 ADUN lain mengambil tindakan sendiri untuk mengumumkan hilang sokongan kepada Ketua Menteri.

Tindakan Nor Azman telah membelakangkan kepimpinan UMNO tetapi mereka telah membuat rundingan dengan pemimpin parti Pakatan Harapan pula. Di PRU14 lalu, Datuk Nor Azman mewaikili BN-UMNO telah menang hanya dengan majoriti 772 undi.



Kesemua calon-calon yang berjaya disahkan bertanding untuk N12 Pantai Kundor setelah tempoh bantahan tamat pada jam 11.00 pagi adalah;

Calon No. 1: Mohamad Ridzwan Mustafa(Perikatan Nasional – PPBM )
Calon No. 2: Datuk Nor Azman Hassan(Pakatan Harapan – PAN)
Calon No. 3: Tuminah Kadi @ Mohd Hashim(Barisan Nasional – UMNO)

Calon Barisan Nasional kita adalah calon nombor 3 yang pasti memberi tentangan hebat kepada penyandang yang kini telah melompat ke Amanah. Jangan terkejut jika Barisan Nasional akan mampu menambah jumlah majoriti pengundi nanti.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker