Senarai pemain terpantas Piala Dunia 2022

Senarai pemain terpantas Piala Dunia 2022

DOHA: Bintang utama pasukan kebangsaan Perancis, Kylian Mbappe berada di landasan terbaik untuk muncul pemain terbaik pada Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.

Les Bleus memerlukan dua kemenangan lagi – pertama menentang Maghribi awal pagi esok dan kemudian Ahad ini menentang Argentina – untuk muncul juara dunia berturut-turut.



Mbappe, 23, akan mengukuhkan cengkamannya sebagai ikon dalam sukan itu di samping pemain seperti Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi, sekali gus muncul pemain terhebat sepanjang zaman.

Ketika ini, Mbappe menjaringkan lima gol di Qatar. Dia mengikut jejak langkah apa yang dicapai pemain hebat seperti Pele atau Diego Maradona pada usia yang masih muda.

Mbappe turut mempunyai kepantasan luar biasa terutama apabila bola berada di kakinya, tetapi mengejutkan kerana dia hanya berada di tangga kelapan senarai 10 pemain terpantas pada Piala Dunia 2022.

Dia pemain terpantas dalam Ligue 1 Perancis, berjaya mencatat kepantasan 36 kilometer sejam (kmj) pada awal musim ini, menurut Sporting News.



Pada Qatar 2022, bagaimanapun pemain terpantas menjadi milik Kamaldeen Sulemana dari Ghana, yang mencipta kepantasan 35.69 kmj, menurut The Athletic. Sulemana beraksi dengan Rennes dalam Ligue 1.

Nama seperti Nico Williams dari Sepanyol, Daniel James dari Wales, Antoine Robinson dari Amerika Syarikat (AS) dan Achraf Hakimi dari Maghribi semuanya mencatat sekurang-kurangnya 35.29 kmj, lebih pantas berbanding Mbappe.

Pemain terpantas pada Piala Dunia 2022:

Kamaldeen Sulemana (Ghana) 35.69 kmj



Nico Williams (Sepanyol) 35.59 kmj

David Raum (Jerman) 35.40 kmj

Antoine Robinson (AS) 35.38 kmj

Daniel James (Wales) 35.38 kmj



Achraf Hakimi (Maghribi) 35.29 kmj

Ismaila Sarr (Senegal) 35.29 kmj

Kylian Mbappe (Perancis) 35.19 kmj

Nemanja Radonjic (Serbia) 35.19 kmj



Tajon Buchanan (Kanada) 35.19 kmj

Senarai pemain terpantas Piala Dunia 2022


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker