#PRNMelaka : Penamaan calon di N14 DUN Kelebang, dimulakan dengan keluarga Malaysia
Oleh Wahida
Barisan Nasional mengekalkan calon MCA di N14 DUN Klebang dengan harapan Datuk Lim Ban Hong dapat merampas semula kerusi ini dari PKR.
Proses penamaan calon PRN Melaka telah dibuka bermula jam 9.00 pagi dan tempoh penamaan calon berakhir pada pukul 10.00 pagi di Dewan Japerun Klebang dan satu jam untuk waktu bantahan.
Sungguh menarik apabila Datuk Lim Ban Hong bersama-sama pencadangnya, Datuk Mohd Asri dan penyokongnya adalah Encik Nagappan di mana kedua-dua mereka dari parti komponen BN – UMNO dan MIC.
Semua proses penamaan calon berjalan lancar dan berakhir pada pukul 11.00 dengan keputusan muktamadnya Datuk Lim ditentang oleh penyandang N14 Klebang Datuk Gue Teck (PKR) dan Bakri Jamaluddin (PAS).
Datuk Lim hadir tepat pada pukul 9.00 pagi di pusat penamaan calon, calon PKR telah tiba lebih awal lebih kurang jam 8.30 pagi manakala calon PAS tiba pada pukul 9.18pagi
Terbukti BN sememangnya mengamalkan konsep keluarga Malaysia malahan ia telah wujud sejak Perikatan diwujudkan.
Pada PRU14 lalu, Datuk Lim Ban Hong telah tewas di tangan Gue Teck tetapi di PRU 13, beliau adalah penyandangnya. Oleh itu, sememang menjadi hasrat Datuk Lim merebut semula DUN Klebang ini kerana majoritinya adalah tipis, cuma 789 undi.
Sememangnya Datuk Lim berpeluang merebut semula DUN Klebang kerana sentimen rakyat di sini sangat menghargai khidmat beliau.