#PRNMELAKA2021 : Kriteria Pemilihan Calon Lebih Ketat Berbanding Biasa
Oleh Ustaz Jeff
Pengarah Pilihanraya BN Datuk Seri Utama Mohamad Hasan mengesahkan bahawa hampir 90 peratus calon BN di PRN Melaka 2021 adalah muka baharu.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO memaklumkan satu sesi pertemuan dengan bakal-bakal calon telah diadakan bagi tujuan tersebut.
Walaubagaimanapun beliau tidak menjawab soalan wartawan berkenaan kriteria pemilihan calon tetapi kriterianya adalah ketat. Beliau akan memaklumkan kriteria pemilihan calon dalam majlis memperkenalkan calon yang akan diadakan esok hari di Auditorum UMNO, WTC, Kuala Lumpur.
Majlis berkenaan diadakan secara tertutup dan hanya disiarkan secara online kerana mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak berwajib.
https://youtu.be/yxSb_DLW2FM
You must be logged in to post a comment.