#PRNMelaka : DUN Sungai Udang Pesat Membangun Kerana Idris Haron?
Oleh Wahida
Kedudukan Sungai Udang di Melaka menjadi terkenal kerana telah menjadi laluan hubungan pantai utama ke bandar Melaka. Sungai Udang juga sememangnya terkenal kerana terdapat kem-kem askar yang merupakan lokasi penting negara.
Sejarah politiknya pula, sejak merdeka DUN Sungai Udang dikuasai BN/UMNO. Dengan kata lain, setiap inci pembangunan yang dinikmati rakyat pada hari ini adalah hasil dari pentadbiran kepimpinan UMNO.
Bagi penduduk Sungai Udang pula, nama YB Datuk Kapten (B) Haji Abdul Karim Bin Haji Sulaiman tidak akan dilupakan kerana beliau adalah pemimpin yang bertanggungjawab menjadikan Sungai Udang terkenal dengan setiap inci pembangunan. Beliau telah mewakili UMNO/BN di DUN Sungai Udang sejak pilihanraya negeri tahun 1999.
Kemudian diteruskan pula dengan kepimpinan Y.Bhg Datuk Wira Haji Yaakub bin Md Amin, juga dari UMNO/BN.
Oleh kerana UMNO ingin memberi peluang kepada anak muda menimba pengalaman dalam politik tanahair, Idri Haron diletakkan sebagai calon DUN Sungai Udang pada PRU13 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Menteri menggantikan Tun Ali Rastam.
Malangnya, Idris Haron tidak mampu membawa kegemilangan Melaka apatah lagi kepada DUN yang diwakilinya pada PRU14 apabila BN tewas kepada PH di Melaka. Malahan 2 daripada DUN di Parlimen Tangga Batu telah dirampas dari UMNO/BN.
DUN Sungai Udang merupakan salah satu kawasan yang tidak mempunyai isu-isu kontroversi melampau. Dengan kata lain, ia dalam zon selamat dan tenang. Namun, adalah amat memeranjatkan apabila Idris sendiri telah kalah dalam pemilihan parti sebagai Ketua Bahagian walaupun ketika itu Idris adalah Ketua Perhubungan UMNO Melaka.
Jika ada pihak ingin mengaitkan pembangunan Sungai Udang dengan Idris Haron, beliau hanya wujud beberapa tahun saja. Seharusnya segala pemasalahan rakyat di Sungai Udang seperti yang diutarakan oleh Astro Awani baru-baru ini, telah pun diselesaikan oleh Idris Haron ketika beliau menjadi Ketua Menteri Melaka.
Apakah pengundi di Sungai Udang tidak akan mampu memikirkannya atau Idris sendiri yang tidak akan mampu mempertahankan kerusi DUN Sungai Udang lagi?
You must be logged in to post a comment.