PRN Melaka Arena Percubaan Mereka

Oleh Megat Terawih

PAS dah buat keputusan jelas untuk bersama PPBM. Sehingga sanggup tidak menggunakan lambang “BULAN” yang menjadi kekuatan parti itu berpuluh tahun. Apakah itu keputusan salah yang akan mendatangkan tentangan besar dari kalangan akar umbi PAS? Sesiapa pun tak mampu menyatakan ianya salah atau strategi tepat sehingga kita mengetahui keputusan PRN Melaka pada 20hb November 2021 nanti.

PPBM yang hanya menang 2 kerusi dalam PRU14 di Melaka tampak yakin bersama PAS. Dengan kedua-dua parti ini tidak memiliki jentera yang sempurna tetapi sanggup untuk mengetepikan pertimbangan dimana mereka harus mengakui bahawa UMNO/BN memiliki kelebihan setelah kegagalan 22 bulan kegagalan kerajaan PH ketika PPBM sebahagian dari kegagalan itu.



Keputusan telah dibuat. Akar umbi UMNO dan PAS di Melaka masih mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku sepanjang tempoh kempen sebelum tarikh pengundian. UMNO/BN dilihat masih menaruh harapan untuk bersama PAS sebelum PAS membuat keputusan untuk bersama PN. Justeru saya rasa UMNO/BN harus fokus kepada strategi untuk memenangkan DUN tumpuan dan membuat penilaian akhir berkaitan calon-calon “PASTI MENANG” atau calon-calon “HARUS MENANG”.

Apa yang tinggal ialah kebijaksanaan kepimpinan tertinggi UMNO/BN untuk menyesuaikan keputusan setelah PAS membuat pendirian mereka. Bukan soal kerjasama atau pelanggaran keputusan PAU 2021 berkaitan NO PKR, NO DAP dan NO PPBM tetapi soal bagaimana persefahaman dan saling berlapang dada antara parti-parti dalam kerajaan tidak bertembung sesama sendiri dalam 3 penjuru sehingga memberikan kelebihan kepada PH.

UMNO tidak bersama PPBM di Sabah tetapi berlaku perbincangan antara parti-parti Melayu bumiputera ini berkaitan jumlah kerusi yang dipertandingkan dan kedudukan kerusi-kerusi yang dipertandingkan untuk mengelakkan kelebihan diperolehi PH.

Kerajaan #KeluargaMalaysia hari ini pun ditubuhkan bukan atas dasar kerjasama tetapi persefahaman antara parti-parti Melayu dan Bumiputera Sarawak untuk menamakan seorang Perdana Menteri yang mendapat kepercayaan majoriti ahli parlimen.



Tidak ada kerjasama kepartian pun tetapi antara parti-parti Melayu ini boleh bersetuju untuk sesuatu perkara yang sama dipersetujui demi kepentingan-kepentingan tertentu.

Perkara yang sama boleh dibincangkan dalam konteks Melaka. Bukan soal mesra PPBM atau membelakangkan konsensus parti tetapi soalnya apabila datang 2 mudarat untuk dipilih maka kita harus memilih mudarat yang lebih kecil untuk dijadikan sebagai asas kepada keputusan yang harus dibuat.

Parti telah membuat keputusan melalui MKT agar segala keputusan akan dipertimbangkan oleh 3 kepimpinan tertinggi parti DS Zahid Hamidi, Tok Mat Hassan dan DS Ismail Sabri dengan segala keperluan. Tidak timbul tiada kenyataan rasmi parti menyatakan UMNO akan berunding demi mengelakkan pertembungan 3 penjuru tetapi para 4 kenyataan SUA UMNO DS Mat Maslan pasti ada tersurat dan tersiratnya. Hanya MT UMNO yang tahu apa yang dimaksudkan dalam para 4 kenyataan rasmi parti itu.

Ada perkara yang tidak boleh disebut secara jelas tetapi kita sebagai “Orang Parti” kita harus rasional untuk memberikan kepercayaan kepada kepimpinan parti dan bukannya 24 jam dan 7 hari seminggu hanya untuk mempertikaikan segala keputusan kepimpinan parti. Kekadang kita lebih bijak dari sepatutnya. Kekadang kita membuat sesuatu yang bukan bidang kita. Bermuhasabahlah wahai sahabat. Jangan jadi profesor serba tahu yang semua orang lain tahu yang profesor serba tahu ini sebenarnya hanya watak yang paling dangkal dan naif.



#UMNO/BN4MELAKA
#UMNOMemimpin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker