#PRNMelaka : Suspek Rasuah adalah dari PPBM Lendu

Oleh Wahida

Tuduhan rasuah sangat gemar dikaitkan dengan BN/UMNO dan baru-baru ini, berita SPRM menahan reman bekas penyelaras DUN Lendu, Masjid Tanah juga dengan sengaja dijadikan tajuk berita utama media kita.

Perkara pertama yang terus menangkap di fikiran pembaca rakyat adalah DUN Lendu, kawasan Ketua Menteri Melaka dari UMNO. Mesej yang sengaja ingin disampaikan, orang UMNO terlibat dan datangnya dari kawasan Ketua Menteri UMNO. Maka dengan mudah imej Ketua Menteri dan UMNO dicalarkan.



Hari ini, setelah seluruh rakyat Malaysia telah sedar dari tipu helah hasutan media-media Pakatan Harapan, ramai yang mengambil pendirian untuk membuat pencarian di internet yang jaraknya hanya di hujung jari.

Maklumat lanjut telah diberikan, iaitu suspek adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) walaupun tajuk utama ditulis Bekas Penyelaras DUN Lendu, Masjid Tanah.

Di Facebook, inilah orangnya ;



Kesalahan yang dilakukan seperti yang dilaporkan media adalah beliau telah mengemukakan kertas kerja kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Alor Gajah berjumlah RM97,868 sedangkan semua lapan program itu tidak dilaksanakan. Ia berlaku di antara Mac 2019 hingga Februari 2020 sebelum pentadbiran kerajaan negeri bertukar kepada pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Pada masa yang sama, suspek ini rupanya bekas ahli PKR;

Maka, parti manakah sebenarnya yang gemar menghasilkan pelaku-pelaku rasuah dan salahguna kuasa?

Rakyat juga tidak akan pernah lupa dengan ‘scheme of things’ yang telah diperkenalkan Presiden PPBM kepada politik tanahair ketika Langkah Sheraton sedang diatur. Adakah ini salah BN/UMNO juga?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker