DAP dakwa jika letak ‘patung’ di Kota Laksamana pun boleh menang
MELAKA: Sukar untuk dinafikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana merupakan salah satu kubu kuat Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP di negeri ini.
Kata pemerhati politik tempatan, jika DAP meletakkan ‘patung’ sebagai calon sekalipun, Barisan Nasional (BN) ataupun Perikatan Nasional (PN) tetap tidak ada peluang untuk merampas kerusi berkenaan.
Bagaimanapun, penyandangnya, Low Chee Leong menegaskan, beliau tetap sentiasa merendah diri jika dicalonkan semula di Kota Laksamana kerana masih banyak kerja perlu dilakukan untuk rakyat.
“Saya tidak boleh terlalu yakin jika dicalonkan semula. Saya perlu low profile kerana kita berkhidmat untuk menyelesaikan masalah rakyat. Saya sangat berharap orang ramai akan turun untuk membuang undi nanti.
“Saya juga bersedia bertanding dengan sesiapa sahaja di kawasan ini kerana orang Kota Laksamana sudah kenal siapa saya dan tahu bagaimana saya bekerja selama ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Chee Leong memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 selepas menewaskan dua calon lain dengan majoriti 16,173 undi.
Sejarah beliau berkhidmat di Kota Laksamana sangat panjang, pernah memegang jawatan Setiausaha Politik kepada bekas ADUN Kota Laksamana, Lim Guan Eng pada 1990 hingga 1995; pembantu kepada Betty Chew Gek Cheng (2012-2013) serta menjadi Ketua Pengarah DUN Kota Laksamana (2015-2017).
Tambah Chee Leong, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada DAP Pusat bagi menentukan kerusi mana yang akan beliau tandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Katanya, hasrat untuk kekal bertanding di kubu kuat DAP itu tetap ada, setelah lebih 20 tahun menabur bakti di kawasan tersebut.
“Bertanding atau tidak di Kota Laksamana masih belum diketahui kerana calon-calon lain juga masih menunggu keputusan DAP Pusat.
“Keputusan kerusi mana yang akan ditandingi pada PRN nanti mungkin diketahui dalam tempoh dua atau tiga hari lagi,” jelasnya. -UTUSAN
DAP dakwa jika letak ‘patung’ di Kota laksamana pun boleh menang
Baca Artikel Menarik :
- Anzalna tidak tahu bapa jadi CEO Finas
- DAP tetap bantah PKR dan PAN lamar bekas pemimpin UMNO
- Pengeluar Kereta Stellantis Ambil Alih Sepenuhnya Kilang NAZA Di Gurun, Kedah
- Kes Bunuh Zulfarhan: 18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah
- Amanah sangat ‘terdesak’ mahu Idris untuk raih undi Melayu
- Mahathir nafi guna wang kripto
- Kena maki scammer, duit lambat masuk
- Ana Raffali dikecam agungkan ‘Mat Salih’
- Bank enggan terima duit rosak, lakukan ini segera
- Bengang tidak dipilih semula, bekas ketua kampung cabut tiang elektrik
- Yatt Hamzah jadi cleaner di Masjid Nabawi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET