Pakar tempatan cipta alat kesan COVID-19 daripada batuk
Pakar tempatan cipta alat kesan COVID-19 daripada batuk
Sekumpulan penyelidik tempatan berjaya mencipta aplikasi khas untuk mengesan dan mengenal pasti sama ada seseorang individu dijangkiti COVID-19 hanya daripada bunyi batuk.
Aplikasi itu yang kini di peringkat ujian merakam dan menyimpan sampel data bunyi batuk dijangka dapat digunakan mulai Jun tahun depan.
Pengesanan virus menerusi bunyi batuk itu dilaporkan mempunyai ketepatan 90 peratus dalam mengesan sama ada seseorang itu dijangkiti COVID-19.
Penggunaan aplikasi batuk untuk mengesan COVID-19 tidak membabitkan kos kerana pengguna hanya menggunakan telefon bimbit atau komputer peribadi untuk merakam bunyi batuk dan mendapat keputusan saringan dalam tempoh lima hingga 10 minit.
Aplikasi batuk itu yang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Kesihatan (KKM) bersama pakar kecerdasan buatan (AI) dari Universiti Teknologi Swinburne Sarawak, juga dapat mengesan individu dijangkiti COVID-19 yang tidak bergejala, sekali gus mengekang penularan wabak itu.
Penyelidik utama aplikasi itu, William Law Kian Boon, berkata berdasarkan penyelidikan yang diterbitkan di luar negara, individu dijangkiti COVID-19 yang tidak bergejala seperti demam dan sesak nafas, masih mengalami perubahan sifat bunyi batuk kerana jangkitan berlaku pada saluran pernafasan atasan.
“Perubahan sifat bunyi itu sukar dikesan doktor atau pakar melalui alat pendengar atau cara biasa, tetapi boleh dibezakan melalui algoritma pembelajaran mesin, iaitu satu teknologi AI.
“Untuk mengesan individu yang dijangkiti atau pembawa COVID-19 tidak bergejala, kita merakamkan bunyi batuk daripada pesakit COVID-19 serta individu sihat dan melatih algoritma untuk membezakannya,” katanya kepada BH.
Kian Boon berkata, variasi data boleh meningkatkan prestasi algoritma dalam saringan COVID-19 walaupun bunyi batuk setiap orang berbeza dan boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
“Bunyi batuk tidak sama antara seorang dengan orang lain. Perbezaan jantina, umur dan jenis penyakit juga akan mempengaruhi bunyi batuk. Bunyi batuk wanita, lelaki, malah orang tua dan muda juga berbeza.
“Algoritma perlu dilatih dengan kes sebenar dengan variasi yang cukup, mewakili kepelbagaian dalam sampel bunyi. Kes yang dikaji boleh dibahagikan kepada pelbagai kumpulan iaitu kes COVID-19 sebenar, orang sihat tiada COVID-19, kes ada asma tetapi tiada COVID-19, kes ada COVID-19 tetapi sudah sembuh dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, ketika ini, aplikasi batuk versi Beta (peringkat ujian) sudah dibangunkan untuk menjalankan proses merakam dan menyimpan sampel data bunyi batuk.
Katanya, aplikasi versi Beta itu akan dilengkapi algoritma AI dan menjadi aplikasi prasaringan yang akan digunakan untuk mengesan COVID-19.
Pasukan penyelidik kini dalam proses merekrut sukarelawan bagi mengumpul sampel bunyi batuk menerusi kaedah rakaman. Pasukan itu menyasarkan untuk mengumpul 2,400 sampel bunyi batuk di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) sekitar Kuala Lumpur pada masa terdekat.
Untuk mengesan COVID-19 menerusi aplikasi itu, katanya, seseorang perlu menjawab soal selidik mengenai status dan sejarah kesihatan serta perubatan, jantina, umur dan memaklumkan sama ada pernah dijangkiti COVID-19, selain memasukkan status vaksinasi.
“Kemudian sistem itu akan meminta individu terbabit merakamkan sampel bunyi batuk. Pengguna dikehendaki batuk tiga hingga lima kali berturut-turut tempoh lebih kurang 10 saat supaya dapat sampel bunyi dan julat yang cukup untuk analisis sama ada individu itu dijangkiti COVID-19 atau tidak.
“Pengguna perlu berada di tempat agak selesa dan senyap untuk memastikan rakaman bunyi berkualiti tinggi. Persekitaran yang bising boleh mencemarkan kualiti bunyi,” katanya.
Pengguna boleh menerima keputusan dalam masa tempoh 5 hingga 10 minit melalui mesej tetapi sasaran tempoh masa itu bergantung kepada banyak faktor seperti jaringan internet dan kuasa pelayan (server).
“Jika hasil saringan mendapati individu terbabit positif COVID-19, dia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada iaitu menjalani ujian RT-PCR, sama ada di fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta untuk mengesahkan jangkitan COVID-19 dan menjalani kuarantin.
“Aplikasi ini boleh dijadikan sebagai satu cara prasaringan berbanding ujian COVID-19 yang lain dalam pasaran. Kita menyasarkan aplikasi ini boleh diakses menerusi laman web dan dimanfaatkan orang ramai pada Jun tahun depan,” katanya.
Penyelidik ICR terbabit dalam projek itu adalah Pengarahnya, Dr Kalaiarasu Peariasamy, Kian Boon, Dr Mohd Aizuddin Abdul Rahman, Dr Mohan Dass Pathmanathan, Dr Kuan Pei Xuan, Dr Wong Xin Xi, Lauren Ooi Li Ting, selain Ketua Sekolah Pengkomputeran yang juga Pengarah Pusat Digital Masa Depan Universiti Swinburne Teknologi Sarawak, Prof Patrick Then. BH
Pakar tempatan cipta alat kesan COVID-19 daripada batuk
Baca Artikel Menarik :
- Dedahkan mereka, Najib mahu SPRM dapatkan senarai terima sogokan
- Mereka panggil saya ‘Padayappa’ di Baling – Azeez
- Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
- Semarakkan Perjuangan, Waspada Pihak Nak ‘Bunuh’ UMNO
- Bertengkar semasa goreng kentang, suami celup muka isteri dalam minyak panas
- “Ketika Sungai Furat Kering Akan Ternampak Perbendaharaan Emas, Janganlah Ambil…”–Tanda-Tanda Kiamat Sudah Hampir
- Ustaz lawan hantu air tular
- Lawak lucah, Shuk Sahar suruh tunggu samannya
- Five Guys Kini Dibuka, Harga Burger Bermula RM35
- Baling kongsi pengalaman cakap Tamil dengan gajah, Jelutong ‘melompat naik hantu’ [VIDEO]
- Najib saman Tommy Thomas, kerajaan atas ‘pendakwaan salah’
Layari Laman Facebook MYKMU
Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?
You must be logged in to post a comment.