PH Belum Menang, Habis Kebun-kebun Orang Dibakar, Pokok-pokok Orang Dibakar

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

MEMANG melampau tindakan pihak Pakatan Harapan(PH) di Melaka yang dikatakan telah membakar pokok-pokok dan kebun-kebun penduduk kampung Parit Melana semata-mata untuk meletakkan khemah PH di Pusat Daerah Mengundi Parit Melana.

 

Penduduk kampung benar-benar marah pihak PH berkenaan perkara ini. Parti tersebut dilihat sangat kurang ajar. Mereka belum menang lagi namun telah menyakitkan hati rakyat Melaka.

“Masuk kampung orang takde bagi salam, suka-suka bakau pokok orang”, begitulah bebelan seorang wanita dipercayai penduduk kampung Parit Melana yang ‘naik angin’.



Wanita tersebut dipercayai memarahi penyokong Pakatan Harapan yang bertindak membakar pokok milik wanita tersebut bagi membolehkan khemah didirikan.

“saya nak tanya eh..awak pasang khemah di situ kenapa pokok saya dibakar?”

Jelas kelihatan khemah terpampang nama Pakatan Harapan di pemidang bawah khemah tersebut.

Inikah contoh terbaik Pakatan Harapan kepada rakyat Melaka yang akan mengundi pada PRN Melaka pada 20 November nanti?

“belum menang lagi dah macam ni tebiat korang ni?”

Sebagaimana yang kita tahu, PH yang bakal bertanding atas tiket PKR sememangnya tidak pernah meletakkan rakyat sebagai keutamaan mereka. Bukti nyata, sepanjang PH memerintah Melaka, tidak ada sebarang perancangan yang mereka lakukan untuk menjaga kebajikan rakyat. Apa yang mereka tahu hanya mendakwa kerajaan PH tidak ada duit bagi mengelak dari menyalurkan sebarang bantuan kepada rakyat.




Sebaran :

Leave a Reply