PRN Melaka : Azmin Ali Jangkakan PN Kalah Teruk

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

RAKYAT Melaka keliru dengan kenyataan yang dibuat Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkenaan kerjasama diantara UMNO dan PN memandangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah berulang kali menyatakan pendirian parti itu untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan [email protected]

Keputusan itu adalah muktamad dan tidak timbul soal UMNO lambat atau cepat membuat keputusan berhubung kerjasama berkenaan.

“Untuk Bersatu kita telah buat keputusan tidak akan pernah bekerjasama dengan mereka. Noktah!- Zahid Hamidi



Ini bermakna UMNO tidak akan bekerjasama dengan PN tetapi sebaliknya Azmin Ali pula tetap menegaskan bahawa PN tidak pernah menutup pintu perbincangan dengan BN dan gabungan parti itu perlu segera memuktamadkan pendirian sama ada ingin bekerjasama atau tidak pada PRN Melaka.

Kenyataan Azmin itu dilihat mencerminkan kegusaran PN yang mereka berkemungkinan besar tidak akan mampu menang dalam PRN Melaka tanpa bekerjasama dengan UMNO. PN seolah-olah tahu bahawa mereka akan kalah teruk dalam PRN Melaka.

Azmin Ali yang juga Ketua Penerangan PN dan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pertemuan bersama jentera PN Masjid Tanah dekat Alor Gajah, yang turut dihadiri Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov.



PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat Adun itu ialah Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).


Sebaran :

Leave a Reply