Warisan lebar sayap ke Semenanjung – Shafie
Warisan lebar sayap ke Semenanjung – Shafie
Warisan bersedia menjadi parti nasional dan akan mengambil pendekatan berbilang bangsa dalam dasarnya, kata Presidennya, Shafie Apdal.
Katanya, ramai ahli politik dari Semenanjung, termasuk beberapa orang daripada Umno bertanya bilakah parti itu akan beralih ke platform nasional.
“Kita perlu meluaskan sayap. Keputusan akhir akan dibuat oleh Majlis Tertinggi Warisan tidak lama lagi dan kami akan berada di sana. Kami akan fokus untuk menjadi parti berbilang bangsa dalam pendekatan kami, tetapi juga memastikan nilai Islam sentiasa ditegakkan.
“Kami menjangkakan ramai pengundi muda akan menyertai kami kerana mereka lebih berani menghadapi perubahan. Politik berbilang bangsa ialah caranya untuk negara,” katanya kepada pengarang media menerusi sesi khas Zoom dari Kota Kinabalu sempena ulang tahun kelahirannya.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu ditanya jika Warisan sudah bersedia untuk melebarkan sayap ke Semenanjung dan memainkan peranan aktif pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Shafie berkata, Warisan akan menjalin kerjasama politik dengan MUDA dan pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.
“Saya turut menawarkan peluang kepada Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk calon partinya bertanding atas tiket Warisan pada PRU15 jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) gagal mendaftarkan parti itu nanti. Terpulang kepadanya untuk menerima tawaran itu.
“Saya turut menasihatkan beliau supaya tidak menetapkan had umur untuk pemimpin dan ahlinya kerana ia tidak praktikal.”
Terdahulu, Shafie dilaporkan berkata, beliau yakin hala tuju politik negara akan berubah susulan pelaksanaan Undi18 dan politik perlu terbuka kepada semua, bukannya berdasarkan kaum lagi. FMT
Warisan lebar sayap ke Semenanjung – Shafie
Baca Artikel Menarik :
- PH Melaka tak bertanggungjawab cetus krisis – Ahli Parlimen PKR
- DAP tentang Norhizam sebagai calon PH
- Muhammad nama popular di UK?
- Golongan antivaksin tidak akan dianiaya – Hishammuddin
- Idris Haron dan 3 lain menaruh harapan kepada PH
- Timah, hanya modal untuk serang PAS – Tuan Ibrahim
- Bapa Perkosa Anak Kandung Konon Percaya ‘Nasihat’ Pakar Feng Syui
- Lelaki Terkaya Di Asia Miliki Aset RM415 Billion Setara Elon Musk dan Jeff Bezos
- Anak Pengasas Microsoft Bill Gates Kahwini Dengan Pemuda Muslim
- Kekasih Sajat ‘serang’ pegawai polis
- Mana ada orang betul-betul kaya baling duit
Layari Laman Facebook MYKMU
Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu
You must be logged in to post a comment.