Pasangan Suami Isteri Tergamam Bayi Mereka Dilahir Seberat 6.4kg
Pasangan Suami Isteri Tergamam Bayi Mereka Dilahir Seberat 6.4kg
Washington: Pasangan suami isteri dari Arizona, Amerika Syarikat gembira menyambut kelahiran bayi lelaki mereka yang seberat 6.4 kilogram (kg).
Fox News melaporkan Cary dan Tim Patonai memperoleh kegembiraan berganda dengan kelahiran Finnley yang mempunyai berat yang berbeza daripada bayi lain.
Cary melahirkan cahaya matanya itu ketika kandungannya berusia 38 minggu di Pusat Perubatan Bammer Thunderbird di Glendale, Arizona, 4 Oktober lalu.
“Air ketuban saya pecah ketika kandungan semakin berat, jadi pembedahan diawalkan sehari,” kata Cary.
Perkara luar biasa kepada Finnley adalah pada usia masih kecil, bayi itu sudah boleh mengenakan pakaian untuk individu berumur enam hingga sembilan bulan.
Doktor pada mulanya menjangkakan bayi itu hanya mempunyai berat kira-kira lima kg namun rupa-rupanya beratnya melebihi enam kg.
Ia melebihi berat purata bayi baru lahir iaitu antara tiga hingga 3.6 kg.
“Sebaik sahaja mereka menariknya keluar… mereka seperti; ‘Tuhanku, besarnya!’
“Semua orang panik seperti saya kerana tidak pernah melihat bayi yang besar dan saya tidak boleh mempercayainya. Begitu sempurna dan bulat dalam segala hal. Dia seperti anak patung beruang kecil saya,” kata Cary kepada Fox 10.
Finnley adalah anak ketiga pasangan itu.
Dua lagi anak mereka iaitu Devlen, 10, dan Everett, 2, juga dilahirkan menerusi pembedahan.
Bayi itu menghabiskan masa selama lapan hari di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Disebabkan bayi itu bersaiz besar, keluarganya perlu membeli lampin dan pakaian yang lebih besar untuknya
“Saya mahu dia memakai pakaian yang kami simpan daripada dua saudaranya yang lain, tetapi semua yang kami ada terlalu kecil,” katanya.
Doktor berkata, dia belum pernah melihat bayi sebesar Finnley dalam kariernya selama 30 tahun.
Mei lalu, seorang wanita berusia 27 tahun terkejut selepas melahirkan bayi lelaki yang beratnya 5.4 kg dengan ketinggian 60 sentimeter.-New York Post
Pasangan Suami Isteri Tergamam Bayi Mereka Dilahir Seberat 6.4kg
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Wakafkan aset bernilai RM151 juta, pilih hidup di rumah flat
- Perangai ‘syaitan’ pihak berkuasa China didedahkan
- Nelydia sentuh Fattah Amin, kau panas ke?
- PRN Melaka mampu cetus teori domino di Perak, Johor
- Terjah rumah pukul 3 pagi kerana mahu selamatkan Iqbal yang disihir – Dr. Vida
- Lelaki perkosa mayat wanita kerana terlalu cantik
- Lupakan Switzerland, jom ke Pakistan, cantik, murah dan halal
- Artis Malaysia yang berkahwin dengan artis seberang, jom lihat senarainya
- Nadir Al-Nuri Jawab Netizen Persoal ‘Makan Besar’ Di Gaza, Ini Jawapan Balasnya..
- Warga Emas Meraung Kena Hukuman Gantung Kerana Mengedar Dadah [VIDEO]
- Bomoh durjana: Usap peha dan gosok kemaluan sebelum rogol bakal pengantin/a>
Layari Laman Facebook MYKMU
Zul Yahya Tampil Bersuara Isu KJ Nak Susahkan AntiVaksin – ‘Mereka Bukan Penjenayah Atau Pengganas’
You must be logged in to post a comment.