Kerajaan sedia kaunseling Sajat

Kerajaan sedia kaunseling Sajat

Kerajaan bersedia membimbing, termasuk memberikan kaunseling kepada usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang kini dilaporkan berada di Australia sekembalinya dia ke tanah air.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata bagaimanapun pihaknya kini tidak dapat berbuat apa-apa kerana Nur Sajat tidak berada di negara ini.

“Dia balik Malaysia kita kaunseling. Sekarang kita pun tak tahu dia di mana.

“Jadi setakat ini kita tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1443 H/2021M di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail; Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

Nur Sajat memaklumkan dirinya sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan sudah pun secara rasmi berhijrah ke Negara Kanggaru itu dengan bantuan Kerajaan Australia, ketika ‘live’ di media sosial miliknya.

Nur Sajat sebelum ini ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu, selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaan usahawan dalam buruan berkenaan yang lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Ketika ditahan, Nur Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok dan memaklumkan dia akan berhijrah ke Australia.

Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Dia dikehendaki di Malaysia mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya. BH

Kerajaan sedia kaunseling Sajat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker