Tukang gunting maut, kereta putus dua

Tukang gunting maut, kereta putus dua

KUALA SELANGOR – Seorang tukang gunting maut selepas kereta dipandunya terputus dua dalam kemalangan di Kilometer 28 Jalan Kuala Selangor – Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Mohamad Zulkhairin Syazwan Abdullah, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.



Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan termasuk kereta Proton Wira dipandu mangsa.

Katanya, Mohamad Zulkhairin yang memandu dari arah Bestari Jaya ke Sungai Buloh dipercayai bergesel dengan sebuah lagi Proton Wira di laluan sama.

“Ia kemudian mengakibatkan kereta mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan melambung memasuki laluan bertentangan.

“Kereta mangsa kemudian dilanggar sebuah Volkswagen Golf hingga menyebabkan terputus dua dan berpusing 50 meter dari tempat kejadian. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini. K Online



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Tukang gunting maut, kereta putus dua




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy mengaku guna 4 jin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker