Rakyat Malaysia ditahan seludup dadah bernilai RM431.8 juta di Australia
Rakyat Malaysia ditahan seludup dadah bernilai RM431.8 juta di Australia
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang warga Malaysia yang disyaki menyeludup dadah di negara berkenaan.
Pengarahnya, Datuk Razarudin Husain berkata, semua tindakan perlu akan diambil JSJN dalam memastikan aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah dapat dibanteras tanpa kompromi.
“Media melaporkan seorang warganegara Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia kerana cuba menyeludup masuk 450 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai RM 431.8 juta ke negara berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini
Terdahulu, pihak berkuasa Australia mengumumkan merampas dadah berkenaan menerusi satu siri serbuannya semalam.
Pegawai Kanan Polis, Krissy Barret berkata, ia juga adalah rampasan dadah terbesar di negara tersebut.
Kesemua bekalan dadah itu disembunyikan dalam kontena yang diisytiharkan membawa bungkusan berisi jubin. Utusan
Rakyat Malaysia ditahan seludup dadah bernilai RM431.8 juta di Australia
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.