Mohd Nizom dilantik CEO LHDNM baharu

SHAH ALAM – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Nizom Sairi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuat kuasa pada Selasa bagi menggantikan Datuk Seri Sabin Samitah.

Dalam satu kenyataan, LHDNM berkata, pelantikan Mohd Nizom yang juga merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM itu pastinya membolehkan lembaga tersebut mencapai visi bagi menjadi pentadbir cukai terunggul selari dengan aspirasi membina sebuah Keluarga Malaysia yang terangkum.

“LHDNM juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Sabin Samitah atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat di LHDNM,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Mohd Nizom, 58, merupakan pemegang ijazah sarjana dari Lawrence Technological University, Amerika Syarikat dan beliau mula berkhidmat di LHDNM pada 13 November 1985.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang percukaian langsung merangkumi operasi percukaian, pematuhan dan pungutan cukai, percukaian antarabangsa serta latihan percukaian.

Sebelum menjawat portfolio Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Mohd Nizom juga pernah memegang beberapa jawatan penting di LHDNM merangkumi jawatan Pengarah Jabatan Siasatan LHDNM, Pengarah Akademi Percukaian Malaysia, Pengarah Jabatan Pematuhan Cukai serta Pengarah Negeri LHDNM Perak.

Beliau turut pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kontrak Sabin Samitah ditamatkan LHDN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker