Jangan buli mereka enggan vaksin – NUBE
Jangan buli mereka enggan vaksin – NUBE
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) membantah sebarang bentuk diskriminasi, membuli dan menggugat maruah rakyat yang enggan divaksin.
Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata, kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bahawa “kerajaan mungkin tidak mewajibkan vaksinasi Covid-19 sebaliknya mereka yang enggan divaksin akan berdepan kehidupan yang sukar” adalah tindakan membuli rakyat yang membuat pilihan untuk tidak divaksin.
“Kerajaan mengakui bahawa vaksin bukanlah satu penyelesaian untuk Covid-19. Sama ada divaksin atau tidak, seseorang itu masih boleh dijangkiti dan menjangkiti orang lain.
“Bahkan negara seperti Singapura dan Israel telah membatalkan polisi asal pasport vaksin untuk perjalanan kerana mereka menyedari bahawa tidak ada nilai epidemiologi ekoran peningkatan ketara jumlah jangkitan dalam kalangan mereka yang telah lengkap divaksin,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, Khairy tidak boleh mengugut untuk mendapatkan persetujuan mereka yang enggan divaksin dengan bertindak secara diskriminasi dan memulau serta melabelkan mereka sebagai antivaksin.
Katanya, memaksa mereka yang enggan divaksin juga merupakan satu bentuk pencabulan.
Tambah beliau, berdasarkan faktor itu, ia mengundang tanggapan bahawa orang awam dan pekerja yang tidak divaksin boleh membahayakan kesihatan mereka yang telah divaksin adalah tidak betul.
Katanya, mereka yang enggan divaksin mempunyai pelbagai alasan sama ada disebabkan masalah kesihatan dan risiko yang bakal dihadapi serta tidak kurang yang memilih untuk bergantung kepada imuniti secara semula jadi.
Solomon turut menggesa kerajaan dan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob supaya menasihati Jemaah Menteri agar menghormati hak rakyat, menghentikan diskriminasi dan juga ugutan terhadap mereka yang enggan divaksin.
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menggunakan cara sombong kerana membuat ugutan dan menghukum golongan antivaksin.
Beliau berkata, golongan berkenaan perlu didekati kerana pihak kerajaan sepatutnya berperanan sebagai badan memujuk, memberi penerangan dan jawapan berdasarkan dapatan kajian saintifik lebih berkualiti bagi mematahkan hujah kumpulan terbabit.
Khairy pada Sabtu berkata, kerajaan akan mengambil pendekatan tegas dengan “menyusahkan” mereka yang enggan menerima vaksin.
Bagaimanapun katanya, bagi yang tidak dapat divaksin atas alasan kesihatan, mereka tidak akan menghadapi apa-apa kesulitan kerana akan diberikan pengecualian digital MySejahtera. FMT
Jangan buli mereka enggan vaksin – NUBE
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU