Guan Eng jangan berlagak jadi hero, dua kali dah lari
Guan Eng jangan berlagak jadi hero, dua kali dah lari
Tak tahan dengan adegan Guan Eng ini yang saya lihat amat buruk sekali.
Semalam, Wee Ka Siong bersetuju dengan TV3 untuk tetapkan tarikh 2 November sebagai tarikh debat dengan Guan Eng, iaitu selepas Bajet 2022 dibentang dalam Dewan Rakyat, tapi Guan Eng tak puas hati.
Guan Eng kata Ka Siong tak perlu beri alasan Bajet negara untuk “tangguhkan” debat biarpun tarikh 2 November itu cuma sekitar 2 minggu dari sekarang.
Guan Eng mahu tarikh 23 Oktober – bukan 2 November. Beza 10 hari
Bajet negara tak penting ke, Guan Eng? Adakah beza tempoh 10 hari itu benar-benar terlalu lama?
Ko fikir Ka Siong sebagai Menteri Pengangkutan tidak perlu sumbang kepada bajet negara ke?
Untuk rekod, debat kali ini berhubung isu kabotaj adalah kali ketiga Ka Siong cabar Guan Eng untuk debat.
Kali pertama pada tahun 2018 di mana Guan Eng enggan debat dengan Ka Siong berhubung skandal terowong dengan memberi alasan Ka Siong masa itu bukan presiden parti dan dia sebagai boss DAP hanya akan debat dengan boss MCA.
Kalu kedua pada tahun 2019 dan sekali lagi Ka Siong cabar Guan Eng untuk debat berhubung isu dana untuk KUTAR di mana Guan Eng sebagai Menteri Kewayangan telah salurkan dana bagi KUTAR kepada yayasan yang dikuasai oleh geng-geng dia dan bukan terus kepada Universiti yang akhirnya banyak memarahkan komuniti pelajar KUTAR.
Kali kedua ni, Guan Eng langsung tak layan dengan memberi alasan tiada keperluan untuk debat isu ini.
Sebab itu, Guan Eng janganlah cuba berlagak hero sebab kamu sudah dua kali lari.
Anak dengan ayah berdua ini sama saja.
Sama seperti pada tahun 2019 juga di mana Kit Siang ajak saya debat. Akhirnya Kit Siang larikan diri selepas saya bersetuju debat.
Alasan diberikan Kit Siang masa itu lagi tak masuk akal – kononnya debat antara dia dengan saya akan menimbulkan masalah perkauman.
NAJIB RAZAK
Guan Eng jangan berlagak jadi hero, dua kali dah lari
Baca Artikel Menarik :
- Wakafkan aset bernilai RM151 juta, pilih hidup di rumah flat
- Perangai ‘syaitan’ pihak berkuasa China didedahkan
- Nelydia sentuh Fattah Amin, kau panas ke?
- PRN Melaka mampu cetus teori domino di Perak, Johor
- Terjah rumah pukul 3 pagi kerana mahu selamatkan Iqbal yang disihir – Dr. Vida
- Lelaki perkosa mayat wanita kerana terlalu cantik
- Lupakan Switzerland, jom ke Pakistan, cantik, murah dan halal
- Artis Malaysia yang berkahwin dengan artis seberang, jom lihat senarainya
- Nadir Al-Nuri Jawab Netizen Persoal ‘Makan Besar’ Di Gaza, Ini Jawapan Balasnya..
- Warga Emas Meraung Kena Hukuman Gantung Kerana Mengedar Dadah [VIDEO]
- Bomoh durjana: Usap peha dan gosok kemaluan sebelum rogol bakal pengantin/a>
Layari Laman Facebook MYKMU