Debat Kabotaj Wee vs Guan Eng, 2 November Ini

Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata dia sedia berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan menerusi siaran secara langsung di TV3 pada 2 November ini.

Kata Wee, tarikh itu dicadangkan oleh pihak TV3 selepas dia dihubungi penerbit stesen televisyen swasta itu.

“Kalau nak berdebat saya ok saja. Memang dari dulu saya ok, tak pernah tolak dan tak pernah tak hadir.

“Saya dah kata sebelum ini, pilihlah mana-mana tarikh selepas pembentangan Belanjawan 2022.

“Pihak penerbit TV3 juga telah menghubungi pejabat saya dan mencadangkan 2 November 2021, saya terus jawab “OK”!” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Wee juga mengingatkan Lim supaya tidak mereka-reka cerita mengenai kumpulan WhatsApp yang didakwa turut melibatkan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun.

“Tak payahlah Guan Eng nak pandai-pandai nak reka cerita kononnya saya telah wujudkan satu WhatsApp group antara saya, Guan Eng dan Speaker Dewan Rakyat.

“Ini terbukti niat buruk! Buat apa saya nak wujudkan WhatsApp group ini? Tak ada kerja lain ke?

“Saya mohon agar LGE bertenang, hentikanlah fitnah sebegini. Low class dan tidak profesional!” katanya.

Speaker tawar diri tanya Wee debat isu kabotaj

Kata Wee, jika tarikh itu tidak sesuai bagi Lim, dia meminta bekas ketua menteri Pulau Pinang itu mengubah tarikh yang sesuai mengikut kelapangannya.

“Nak berdebat selepas 2 November 2021 pun saya ok,” tambahnya.

Pada 30 September lalu, Wee mencabar Guan Eng di Dewan Rakyat untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar kabotaj negara.

Cabaran itu dibuat selepas Lim bertanya kepada Wee apakah dasar kabotaj menyebabkan beberapa syarikat gergasi teknologi menjauhi Malaysia dalam projek pemasangan kabel bawah laut bagi meningkatkan sambungan Internet.

Wee pada 13 Nov 2020 menandatangani warta persekutuan untuk membatalkan pengecualian kabotaj bagi kapal asing yang terlibat dalam pembaikan kabel dasar laut, yang menghubungkan Malaysia ke jaringan internet global.

Syarikat-syarikat gergasi teknologi telah menulis surat kepada kerajaan beberapa kali untuk menarik balik pengecualian itu ketika pentadbiran Pakatan Harapan bagi mempercepatkan proses pembaikan kabel internet.

Wee berkata, dasar kabotaj akan membantu industri perkapalan tempatan untuk berkembang, manakala kehadiran syarikat gergasi teknologi akan menimbulkan kebimbangan terhadap monopoli.

Debat Kabotaj Wee vs Guan Eng, 2 November Ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Mahathir Arah Batalkan Permohonan Semula Pulau Batu Puteh Tanpa Kebenaran Kabinet?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker