Zahidi Wajar Jaga isterinya

Oleh Nurul Aisyah

Datuk Zahidi Zainul Abidin merupakan seorang menteri kabinet dalam keluarga Malaysia. Beliau kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sejak 10 Mac 2020. Krisis rumahtangga Zahidi agak viral di media sosial sejak kebelakangan ini.

Terbaru, hantaran di Facebook salah seorang isteri beliau yang menafikan telah bercerai mula tersebar

Assalamualaikum wbt…tak munasabah for Menteri or Timbalan Menteri untuk menceraikan isteri melalui internet or posted it in the FB….🤩🤩🤩if this thing happen..I personally raise my case….not logic at all..To all yang saya hormati…kami masih lagi bersama ..hanya MAUT dapat pisahkan kami..Goodnite…

Tambah melucukan apabila isteri Zahidi mendakwa akaun FB Timbalan Menteri Komunikasi tersebut telah di “hack”.

Assalamualaikum wbt….ya saya ada terima post yang mengatakan saya telah bercerai ngan suami saya..itu adalah tidak benar sama sekali….kami masih lagi suami isteri ..berita itu tidak sahih….tolong jangan kongsi….saya akan proceed ngan lawyer saya…sekian…harap semua bertenang…saya berterima kasih pada yang menyokong saya selama hari ini….saya tidak menerima sebarang kata kata mengenai Cerai ..suami saya dan saya masih lagi bersama……harap semua bertenang..tq….❤️❤️❤️❤️Account Datuk Zahidi telah dihack oleh isterinya….harap maklum….

Memang amat memalukan sebagai seorang Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sekiranya beliau gagal membendung dan melindungi akaun FB beliau daripada kena “hack”. Apatah lagi mengesan individu yang “hack” akaun tersebut. Kedudukan beliau memudahkan semua perkara tersebut.

Ramai yang berpendapat, Zahidi perlu menjaga isteri beliau dengan lebih baik supaya beliau tidak memalukan keluarga Malaysia.

Artikel ini adalah pandangan penulis semata-mata dan tidak mewakili Mykmu.net

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker