Jepun bubar Parlimen, beri laluan pilihan raya umum
TOKYO – Pilihan raya umum Jepun bakal diadakan pada 31 Oktober selepas Parlimen negara ini dibubarkan pada Khamis, lapor Agensi Berita Xinhua.
Penggal empat tahun Ahli Parlimen Dewan Rakyat tamat pada 21 Oktober.
Dalam era selepas perang, buat kali pertama pilihan raya umum Jepun diadakan selepas tempoh penggal berakhir. Tempoh masa antara pembubaran Parlimen dan hari pengundian juga adalah yang paling singkat.
Pada 29 September lepas, Fumio Kishida memenangi pemilihan presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) dan dipilih menjadi perdana menteri baharu pada 4 Oktober.
Kishida mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada rakyat pada pilihan raya umum kali ini menerusi dasarnya untuk memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik dan memperkasa tindak balas Covid-19.
Beliau berkata, pakej ekonomi bernilai ‘puluhan trilion yen’ sedang disiapkan untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas akibat Covid-19.
Dalam ucapan sulungnya sebagai perdana menteri, Kishida berikrar untuk mencapai pertumbuhan ekonomi negara dan mengagihkan semula hasil kejayaan itu untuk mewujudkan kelas pertengahan yang lebih kuat.
Namun, baru-baru ini beliau menegaskan Jepun perlu merealisasikan pertumbuhan ekonomi terlebih dahulu sebelum mengagihkan semula kekayaan.
Menurut tinjauan Kyodo News, rating sokongan terhadap Kabinet Kishida sebanyak 55.7 peratus.
Ikrar Kishida untuk mengurangkan jurang kekayaan agak diragui selepas beliau menyatakan untuk menangguhkan rancangannya mempertimbangkan menaikkan kadar cukai keuntungan modal.
Sementara itu, Party Constitutional Democratic Japan (CDPJ) menegaskan bahawa Jepun tidak dapat mencapai pertumbuhan ekonomi dan pengurangan kemiskinan kecuali masalah pengagihan semula kekayaan diatasi terlebih dahulu.
Parti itu berikar akan meningkatkan cukai individu yang kaya dan syarikat besar sambil meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.
CDPJ telah meminta menurunkan cukai penggunaan daripada 10 peratus kepada lima peratus dan pengecualian cukai kepada mereka yang memperoleh kurang 10 juta yen (AS$88,063,05) setiap tahun. – Bernama
Jepun bubar Parlimen, beri laluan pilihan raya umum
Baca Artikel Menarik :
- Senator PAS dikecam lepas kaitkan bunuh diri dengan drama Korea
- Azhar minta Wee perjelas, kemuka bukti
- 10 pasangan selebriti Malaysia ini adalah sepupu
- Pacak tripod, rakam sedang sembahyang – Zul Ariffin
- Ini cubaan halang saya wakili Najib
- Payung terjun gagal dibuka, tentera terjunam ke tanah
- Ribuan dolar AS ditemui dalam tong sampah
- Pandora Papers: Benarkan ia dibahaskan di Parlimen – Najib
- Tiz Zaqyah kena kecam kerana ini….
- Aneka perisa cakoi menjadi rebutan
- Ustaz Don pula jadi mangsa scammer
Layari Laman Facebook MYKMU