Facebook lancar perkhidmatan video pendek mirip TikTok

Syarikat teknologi Facebook Inc melancarkan perkhidmatan video pendek yang dikenali sebagai ‘reels’ di aplikasi Instagram dalam usaha menyaingi aplikasi TikTok di Amerika Syarikat (AS).

Pelancaran reels itu dibuat ketika Microsoft sedang dalam perbincangan untuk memperoleh lesen operasi TikTok di AS daripada ByteDance China.

Menurut laporan Reuters, ByteDance dikatakan bersetuju untuk melepaskan sebahagian operasi TikTok di AS disebabkan tekanan White House dan pengharaman keseluruhan aplikasi China di negara itu.

Dengan pelancaran reels, saingan antara Facebook dan TikTok dijangka meningkat.

Reels pertama kali diuji di Brazil pada tahun 2018, kemudian di Perancis, Jerman dan India yang merupakan pasaran terbesar TikTok sebelum kerajaan India mengharamkannya bulan lalu berikutan ketegangan dengan China.

Sebelum ini, Facebook juga mencuba membangunkan aplikasi Lasso, namun kurang mendapat sambutan.

Dengan perkhidmatan mirip TikTok, pengguna reels boleh merakam video dan menambah kesan khas dan runut bunyi daripada kandungan muzik.

Instagram bagaimanapun belum merancang menawarkan iklan atau cara lain untuk pengguna menjana wang melalui reels.

Persamaan itu menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Kevin Mayer memanggil reels sebagai produk tiruan menerusi aplikasi Instagram selepas aplikasi Lasso gagal. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker