PH, 4 ADUN Melaka nak jumpa YDP untuh tubuh kerajaan baru
PH, 4 ADUN Melaka nak jumpa YDP untuh tubuh kerajaan baru
Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan empat lagi wakil rakyat yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri ingin mengadakan pertemuan dengan Yang Di-Pertua Negeri.
Adly yang juga Naib Presiden Amanah berkata, pertemuan segera itu penting bagi membincangkan tentang usaha yang boleh diambil bagi memastikan kesinambungan serta kestabilan pentadbiran kerajaan Melaka dapat diteruskan.
“Keutamaan PH pada masa ini adalah untuk memastikan kestabilan politik negeri ini bagi memastikan pentadbiran yang cekap dan telus.
“Sehubungan itu saya mewakili 11 ADUN PH dan Idris Haron yang mewakili 4 ADUN berhasrat mengadakan pertemuan dengan Yang Di-Pertua Negeri Melaka bagi membincangkan tentang usaha yang boleh diambil,” katanya pada sidang media.
Adly berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Sulaiman Md Ali tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar majoriti ADUN untuk terus mentadbir Melaka.
“Selaras dengan peruntukan Perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka, yang berbunyi jika Ketua Menteri tidak mendapat kepercayaan, maka Ketua Menteri hendaklah meletakkan jawatan majlis mesyuarat melainkan ada permintaan Yang Di-Pertua Negeri membubarkan DUN melaka,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan kerajaan Melaka diketuai Sulaiman Md Ali tumbang selepas Idris bersama tiga lagi ADUN mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.
Tiga lagi yang dilihat hadir pada sidang media adalah ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad, yang ketiga-tiga mereka juga merupakan Exco, manakala seorang lagi adalah ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan.
PH, 4 ADUN Melaka nak jumpa YDP untuh tubuh kerajaan baru
Baca Artikel Menarik :
- Kerajaan Melaka tumbang, 3 exco letak jawatan, tarik sokongan – Idris
- Projek HSR versi PN merugikan negara, Najib suarakan kebimbangan pada Kerajaan
- Kartunis hina Nabi Muhammad maut kemalangan dikanggar lori
- Bila PM pula tanya pengacara, terkejut mereka (video)
- Bagaimana Daim, orang kaya Malaysia guna Singapura simpan duit di luar negara
- Raja Ilya kena kecam kerana terlalu ‘mendedah’
- Tony Fernandes a father again at 57
- Total war UMNO-Bersatu pasti berlaku dalam PRU-15
- Nanti ustaz marah ‘feeling’ lebih – Neelofa
- Kenyataan rasis : Pemimpin Bersatu letak jawatan
- Azmin ketuai parti baru?
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.