Pemimpin lompat parti tidak perlu diberi ‘MUKA’

PETALING JAYA: Jangan bagi muka!

Pemerhati dan penganalisis politik berpendapat, keputusan tegas itu sewajarnya diambil oleh semua ketua parti po­litik terhadap pemimpin-pemimpin yang bertindak lompat parti demi menjaga maruah parti dan negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, geostrategis Prof. Dr. Azmi Hassan berkata, langkah itu mampu mengekang tindakan ahli politik untuk terus lompat parti yang memberi kesan besar kepada politik negara.

“Lompat parti ini unik di Malaysia, jarang berlaku di luar negara, ini dikatakan melanggar moral secara teknikal.

“Senario politik di Malaysia ini adalah calon dipilih bersandarkan kepada parti. Jarang sekali kekuatan individu menjadi sebab kenapa beliau di­pilih pengundi. Jadi bila Pakatan Harapan (PH) tidak terima yang lompat parti, itu adalah dasar yang bagus, ia akan dapat mengekang mereka untuk lompat parti kerana tindakan itu akan kucar-kacirkan kestabilan politik. Itu adalah dasar yang boleh mengekang mereka menukar parti,” katanya.

Jelas Azmi, jika semua parti politik bertindak untuk tidak membenarkan golongan itu menyertai parti mereka, ini bermakna Akta Lompat Parti tidak perlu lagi untuk digubal.

Sementara itu, Ketua Pemuda PH, Howard Lee Chuan How berkata, PH tidak ‘berselera’ menerima penyertaan ahli politik parti atas dasar kepercayaan dan jaminan isu lompat-melompat tidak berlaku lagi.

“Yang saya tahu, akhirnya, PH tiada selera. Macam mana PH mahu terima, katakanlah orang sudah melompat parti dua kali, takkan mahu percaya dan terima keberadaan mereka lagi? Apa jaminannya,” soalnya.

Dalam pada itu, seorang lagi penganalisis politik, Dr. Salawati Mat Basir berkata, tindakan semua parti yang bersetuju untuk tidak mengambil golongan lompat parti menyer­tai parti mereka akan memberi ketetapan kepada setiap pemimpin untuk membuat ketetapan tentang parti mana yang benar-benar mereka akan sertai.

“Maknanya sebelum dia masuk sesuatu parti politik dia dah fikir dulu. Baru boleh jadi ahli dan jadi calon atas tiket parti yg dia nak bertanding itu. Tidak bolehlah fikir sekarang UMNO berkuasa, jadi kita ma­suk UMNO.

“Jadi kita tidak mahu perkara itu berlaku lagi,” katanya.

Terdahulu, kerajaan ne­ge­ri Melaka dikatakan bergolak ekoran dakwaan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kerajaan mahu me­ninggalkan blok tersebut.

Ekoran perkembangan itu, kerajaan negeri yang dibentuk hasil gabungan UMNO, Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan wakil rakyat Bebas pada Mac tahun lalu didakwa dalam krisis.

Peng­analisis politik, Dr. Maz­lan Ali berkata, tindakan PH wajar dicontohi untuk memastikan ahli politik ada integriti.

“Disebabkan perkara ini menjadi trend, fokus untuk bantu rakyat diketepikan dan mereka langsung tidak mahu berikan ­ruang kepada pemimpin menjalankan tugas.

“Langkah yang PH buat menjadi titik peralihan untuk ahli politik supaya ada integriti. PH telah menunjukkan satu kematangan politik,” katanya.

Bagi penganalisis politik, Profesor P. Sivamurugan, perkara itu sepatut ditetapkan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandata­ngani baru-baru ini.

“Memang wajar untuk parti gabungan menolak ahli politik untuk lompat pada gabungan lain namun dalam konteks undang-undang, kita masih tiada syarat untuk tindakan itu diambil melainkan masing-masing mempunyai perjanjian dalam parti,” ujarnya

Pemimpin lompat parti tidak perlu diberi ‘MUKA’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azalina minta RUU antilompat parti dibentang segera sebelum katak melompat lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker