Majlis Hari Raya PM 7 Di Seri Perdana Bukti Kompleks Tersebut Tidak Rosak
Oleh Nurul Aisyah
BEBERAPA keping gambar viral di media sosial menunjukkan Majlis hari Raya yang diadakan di kompleks Seri Perdana pada tahun 2018 dan 2019. Majlis tersebut dianjurkan oleh Perdana Menteri ke 7 iaitu Tun Dr Mahathir.
Ketika itu tidak berbangkit sebarang isu mengenai kerosakkan di Seri Perdana setelah Datuk Seri Najib berpindah keluar dari kompleks tersebut. Malah Mahathir sempat menyambut Hari Raya sebanyak dua kali sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan memerintah.
Tiba-tiba Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan menuduh Datuk Seri Najib punca beliau melakukan ubah suai besar-besaran yang menelan belanja RM38.5juta pula.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Latiff Ahmad mendedahkan bahawa ubah suai Seri Perdana menelan kos setinggi itu kerana bangunan berkenaan sangat memerlukan kerja baik pulih akibat banyak kerosakan, seperti penggantian pendawaian elektrik dan kebocoran pada bumbungnya.
Katanya, projek itu diluluskan pada 19 Mac 2021 dan kerja-kerja membaik pulih pula bermula pada 29 Mac, dan dijangka siap pada 7 Disember nanti.
Tindakan Muhyiddin Yassin memfitnah Datuk Seri Najib berhubung isu ubah suai Seri Perdana yang menelan belanja RM38.5juta dilihat memang melampau.
Najib melalui satu hantaran di Facebooknya berkata, kenyataan serta gambar-gambar yang didedahkan oleh sebuah portal yang mendakwa Seri Perdana mengalami banyak kerosakan semasa didiami beliau itu adalah tidak benar.
“Dengan mendedahkan beberapa gambar keadaan Seri Perdana dengan lantai yang basah, page pro-PN tuduh saya dan keluarga saya banyak merosakkan Seri Perdana.
“Tapi jelas di sana bahawa ianya tertulis keadaan tersebut berlaku akibat hujan lebat pada November 2020. Saya tinggal di sana sejak lebih tiga tahun dahulu, jadi bagaimana pula saya dikatakan bertanggungjawab atas keadaan dalam gambar-gambar bulan November 2020?,” kata beliau lagi.
Najib berkata, dakwaan portal tersebut yang mengatakan Najib bersama keluarga telah mengambil pelbagai jenis barangan daripada kediaman tersebut juga adalah tidak benar.
“Jelas kelihatan bahawa hampir kesemuanya adalah kotak-kotak yang tidak besar untuk menyimpan cenderahati (ratusan yang saya terima selepas sembilan tahun), hadiah, buku-buku (ya, sesiapa yang pernah lawat di sana saya masa saya PM tahu bahawa saya ada koleksi buku yang agak besar di mini library sana masa itu) dan barang-barang sederhana kecil – bukanlah perabot-perabot besar atau mahal,” katanya.
Kompleks Seri Perdana menjadi bualan orang ramai selepas media melaporkan kerajaan mengesahkan kerja-kerja baik pulih kompleks itu yang membabitkan kos RM38.5 juta.
Persoalannya kenapa Mahathir tidak pernah membuat sebarang aduan pun mengenai kerosakkan di Seri Perdana tetapi tiba-tiba Muhyiddin pula mendakwa Najib yang merosakkan kediaman rasmi PM tersebut sedangkan Mahathir adalah PM yang menduduki Seri perdana sebelum Muhyiddin masuk ke Kom[leks itu.
Sikap menyalahkan Najib dalam semua perkara sudah tidal relevan. Muhyiddin perlu sedar perkara itu.
You must be logged in to post a comment.