Tambah mahkamah jenayah seksual kanak-kanak – Azalina

Tambah mahkamah jenayah seksual kanak-kanak – Azalina

Penambahan mahkamah jenayah seksual kanak-kanak (JSKK) adalah satu keperluan memandangkan terdapat peningkatan kes yang tinggi direkodkan di setiap negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita dan Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial Dewan Rakyat Azalina Othman Said berkata berikutan itu, satu permohonan untuk membuat kunjungan hormat kepada Ketua Hakim Negara akan dibuat bagi berbincang dan mencari penyelesaian kepada isu itu.

“…ia termasuk meningkatkan bilangan perjawatan khusus pegawai kehakiman gred Jusa C bagi Hakim Mahkamah JSKK, membangunkan kapasiti dan memperkuatkan kerjasama pelbagai agensi untuk mempercepatkan penyelesaian kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rumusan keputusan itu dibuat selepas mesyuarat yang ketiga Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial baru-baru ini.

Antara keputusan lain ialah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan menyediakan kertas kajian yang memperincikan mekanisme Penubuhan Suruhanjaya Bebas Kanak-kanak (SBKK) yang mana ahli jawatankuasa telah bersetuju memberikan tempoh masa dua minggu untuk perkara itu diselesaikan sebelum dibawa semula ke dalam mesyuarat seterusnya.

Selain itu, Azalina berkata tiga jawatankuasa kerja telah dibentuk di bawah Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga (JMKRT) iaitu Jawatankuasa Advokasi dan Pembangunan Kapasiti, Perlindungan dan Data.

Beliau berkata, hala tuju penubuhan jawatankuasa itu bertujuan memperhalusi tindakan serta mekanisme pelaksanaan dan pengendalian kes secara holistik dan efektif termasuk menambah baik aspek advokasi, perlindungan dan pelaporan data.

Katanya lagi, mesyuarat itu bersepakat untuk melibatkan ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial sebagai pemerhati dalam JMKRT.

“Untuk mesyuarat yang akan datang, Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial telah mencadangkan agar menjemput NGO (badan bukan kerajaan) dan pihak berkepentingan lain untuk turut hadir ke dalam perbincangan seterusnya,” katanya. FMT

Tambah mahkamah jenayah seksual kanak-kanak – Azalina


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker