Resepi Kuey Teow Kungfu Gerenti Sedap

Resepi Kuey Teow Kungfu Gerenti Sedap

Kuey Teow Kungfu adalah kuey teow yang bersalut dengan telur dan digoreng sebelum diletakkan bersama kuah dan makanan laut yang amat lazat. Ianya mengenyangkan dan sesuai untuk dihidangkan pada waktu makan malam.

Kuey Teow Kungfu juga boleh didapati di gerai – gerai sekitar kita. Tapi, lebih baik jika hidangan ini dihidangkan oleh air tangan kita kan? Murah pun murah, kebersihannya lebih terjamin.

Resepi ini dikongsikan oleh Zulaiha Abdul Rahman dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Bahan – bahan:

Kuey Teow:

1 paket 500g kuey teow
1-2 biji telur
1 sudu kecil lada sulah

Kuah:

3 ulas bawang putih
1 mangkuk kecil hirisan isi ayam
Udang
Air
Sayur karot
Bunga kobis
Sayur sawi
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
6 biji cili padi (belah dua)
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

Cara penyediaannya:

Kuey Teow:

Bersihkan kuey teow dan toskan airnya. Bancuh telur dengan lada sulah dan kacau sebati.
Panaskan sedikit minyak. Ambil kuey teow anggaran seorang makan dan masukkan dalam mangkuk.
Tuang sedikit telur, kacau dan goreng di dalam kuali. Goreng kedua-dua belah kuey teow. Angkat dan ketepikan.

Kuah:

Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan.
Masukkan ayam dan udang. Kacau seketika.
Masukkan karot, bunga kobis dan sawi.
Masukkan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam.
Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kalau kurang pekat boleh tambah lagi tepung jagung.
Tuang kuah di atas kuey teow dan tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.
Tips: Jangan basuh kuey teow terlalu lama kerana nanti kuey teow akan jadi lembik dan tak sedap bila digoreng. Lepas cuci, toskan kuey teow supaya kering air basuhannya.

Resepi oleh Zulaiha Abdul Rahman

Resepi Kuey Teow Kungfu Gerenti Sedap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker