Anwar nafi mohon bertemu Yang di-Pertua Negeri Melaka
Anwar nafi mohon bertemu Yang di-Pertua Negeri Melaka
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menafikan laporan spekluasi mengenai pertemuan di antara dia dan Yang di-Pertua Negeri Melaka Ali Rustam berhubung kemelut kerajaan negeri terbabit.
Bercakap kepada media di Pantai Teluk Kemang, Port Dicksn hari ini, Anwar berkata dia tidak menerima sebarang jemputan bagi menemui Mohd Ali.
“Ada berita sebelum ini yang mengatakan saya mohon menghadap (Mohd Ali). Tidak… permohonan untuk saya menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka belum ada,” katanya.
Semalam politik Melaka menjadi perhatian ramai ekoran wujud inisiatif digelar sebagai “Langkah Melaka” yang disebut-sebut sebagai cubaan menukar kerajaan negeri.
Bagaimanapun seorang sumber dalaman PKR memberitahu Malaysiakini inisitiaf berkenaan bukan digerakkan oleh mana-mana individu dalam PH. Sebaliknya, kata sumber itu, ia berpunca daripada konflik dalaman membabitkan parti yang menjadi kerajaan Melaka.
Ditanya untuk mengesahkan wujud cubaan menukar kerajaan dan menjatuhkan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali, Anwar yang juga presiden PKR menjawab: “Itu you tanya Melakalah.”
Disoal lebih lanjut Anwar berkata ada orang tertentu memaklumkan mengenai pergolakan di Melaka tetapi setakat apa yang diketahuinya, tidak ada sesuatu pun yang konkrit.
Sementara itu ditanya mengenai pertemuan di antara Anwar dengan 11 Adun PH Melaka di Petaling Jaya – yang disahkan berlaku oleh sumber PKR – pada malam semalam, Anwar menjelaskan ia adala pertemuan biasa.
Kata Anwar dia memang ada membuat perbincangan dengan pemimpin PH di peringkat negeri termasuk dari Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka. Mk
Anwar nafi mohon bertemu Yang di-Pertua Negeri Melaka
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera