Hukum Sendawa Dalam Islam
Hukum Sendawa Dalam Islam
Cara mudah untuk mengawal berat badan adalah mengawal cara pemakanan kita. Jaga pemakanan disertakan dengan senaman yang konsisten, sudah pastinya kita memperoleh berat badan yang ideal dan sihat. Jika pun ia masih dianggap susah, ambil sahaja cara makan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.
Jadikan ayat al-Quran surah al-A’raaf ayat 31 sebagai panduan. Allah berfirman,
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”
Tepat sekali jika ingin dikatakan ayat ini dianggap sebagai prinsip perubatan yang sempurna. Nabi s.a.w. sendiri mengamalkan pemakanan yang sederhana. Jika kita dapat mengawal dan tidak melampaui batas terutamanya dalam hal-hal berkaitan pemakanan, nescaya segala penyakit dapat dielakkan yang mana kebanyakan berpunca daripada apa yang kita makan, apa yang memasuki perut kita.
Begitulah yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w. Baginda sentiasa memilih hidup dalam kemiskinan walaupun pada hakikatnya Baginda mampu untuk bermewah-mewah dan menikmati kehidupan yang senang-lenang.
Sehingga ada kisah yang mengatakan kadang kala dapur rumah Rasulullah tidak berasap. Malah adakalanya juga Rasulullah hanya makan tamar dan air sahaja.
Walau bagaimanapun, Rasulullah dikurniakan kekuatan oleh Allah, mempunyai kekuatan tubuh badannya yang berbeza dengan orang biasa. Sebab itulah Nabi s.aw. berkata,
“Yang memberi aku makan dan minum ialah Allah Taala.”
Inilah yang boleh dibuat panduan supaya kita tidak membazir, berlebih-lebihan sehingga ia menjadi perkara yang dibenci oleh Allah.
Sendawa Tidak Disukai Nabi
Menyentuh tentang makanan, pasti ia terkait dengan sendawa yang menandakan tanda kenyang. Ada hadis dari Ibnu Umar r.a berkata bahawa ada seorang lelaki yang bersendawa di hadapan Rasulullah s.a.w. dan Baginda bersabda,
“Jauhkanlah sendawamu dari kami kerana orang yang paling kenyang di dunia adalah orang yang paling panjang laparnya di hari akhirat.” HR at-Tirmizi
Jadi benarkah sendawa dengan kuat itu sesuatu yang tidak digalakkan dalam Islam? Sememangnya kita boleh makan sampai had kenyang yang munasabah, akan tetapi jangan biarkan sehingga berasa terlalu kenyang.
Makanlah berpada-pada dan jangan berlebihan
Walaupun kita selalu dengar supaya berhentilah sebelum kenyang tetapi ia merupakan sesuatu perkara yang sukar dilakukan oleh orang biasa melainkan mereka yang berada di dalam diet atau tahap rohaninya yang tinggi.
Yang boleh ditafsirkan daripada hadis ini, sendawa dilihat sebagai perbuatan yang kurang elok. Jika Nabi sudah menyebutnya bahawa ia tidak disukai, maka hukumnya adalah makruh untuk kita bersendawa dengan kuat. Akan tetapi hukum ini tidak termaktub kepada orang yang memang berpenyakit.
Secara tersiratnya, jika boleh kita jauhkan sendawa daripada orang kerana ada kalanya sendawa itu boleh mengundang bau yang mengganggu. Apatah lagi jika ia perkara yang dapat menyakiti orang, maka ia jelas sesuatu perbuatan yang tidak baik, walaupun kita menganggap sendawa sekadar perkara yang remeh.
Walau bagaimanapun, dengan sendawa sekurang-kurangnya dapat mengingatkan orang yang alpa untuk bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah. Walaupun sebenarnya kita tidak perlu menunggu sehingga sendawa untuk ucap Alhamdulillah namun sendawa dapat mengingati orang yang lalai untuk bersyukur.
Sebenarnya, yang elok adalah usai sahaja makan terus ucapkan kalimah tersebut. Namun secara adatnya, sendawa dengan kuat adalah sesuatu yang kurang elok dan kurang manis. Kerana itulah Baginda s.a.w. menegur pemuda tersebut.
Justeru itu bagi yang ingin sendawa, jagalah adabnya dengan menutup mulut agar tidak keluar baunya dan janganlah sendawa secara berlebih-lebihan sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah lebih elok tidak sendawa dihadapan orang serta ikutlah saranan Baginda s.a.w. agar makan berpada-pada, berhenti sebelum kenyang. Wallahu a’lam Utv
Hukum Sendawa Dalam Islam
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan
You must be logged in to post a comment.