Hanya individu lengkap divaksin boleh dine-in – Khairy

Hanya individu lengkap divaksin boleh dine-in – Khairy

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan hanya individu yang lengkap divaksin dibenarkan untuk “dine-in” di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam catatan di Twitter, Khairy berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak dikemas kini.

“Kemudahan ‘dine-in’ hanya dibenarkan untuk mereka yang sudah lengkap divaksin bagi semua fasa pemulihan. Kenyataan rasmi akan menyusul,” katanya.

Terdahulu, FMT melaporkan bawah fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), semua pelanggan dibenarkan makan dalam premis restoran, sama ada mereka telah menerima vaksin atau tidak.

Mulai hari ini, Lembah Klang dan Melaka memasuki fasa ketiga PPN, bersama Perlis, Pahang, Terengganu dan Sarawak.

SOP MKN untuk negeri di bawah fasa ketiga tidak menyatakan pelanggan mesti lengkap vaksin untuk mendapat kemudahan itu.

Bagi SOP negeri bawah fasa kedua, “dine-in” dibenarkan hanya untuk pelanggan yang lengkap divaksin.

Bagaimanapun, aktiviti makan di dalam premis bagi tujuan “perjumpaan sosial” masih belum dibenarkan dan waktu operasi premis kekal daripada 6 pagi hingga tengah malam. FMT

Hanya individu lengkap divaksin boleh dine-in – Khairy


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker