LHDNM Berjaya Agih Ribuan Bakul Makanan

KUALA LUMPUR : Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah berjaya mengagihkan sebanyak 11,070 bakul makanan di seluruh negara setakat ini.

Menurut kenyataan media di laman web rasmi LHDNM, pemberian bakul makanan itu dibuat di bawah Program CSR (tanggungjawab sosial korporat) Hasil Prihatin.

“LHDNM telah mengagihkan 11,070 bakul makanan
kepada mereka yang memerlukan khususnya rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di seluruh negara sebagai tanda keprihatinan kerajaan serta menghayati semangat ‘Keluarga Malaysia’,” katanya.



Terbaru semalam, pihak itu menyerahkan 100 bakul makanan kepada Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad bertempat di Balai Undang Luak Jelebu.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Negeri LHDNM Negeri Sembilan/Melaka, Zubaidah Hamzah, Pengarah Negeri LHDNM Selangor, Kamarudin Hashim dan pegawai-pegawai kanan LHDNM Negeri Sembilan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker