Peguam dipercayai kemurungan maut jatuh tingkat 22

Peguam dipercayai kemurungan maut jatuh tingkat 22

SIBU: Seorang peguam lelaki yang dipercayai menghadapi masalah kemurungan maut selepas terjatuh dari tingkat 22 Wisma Sanyan, Sibu, Sarawak kira-kira 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Stanley Jonathan Ringgit, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 43 tahun difahamkan sudah bercerai dengan isterinya yang juga peguam bekerja di Kuching, sebulan lalu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Khirudin Drahman, berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Sibu.

“Ketika anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu tiba, mangsa sudah terbaring di kawasan tempat letak kenderaan Wisma Sanyan.

“Petugas kesihatan membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, anggotanya turut melakukan kerja pembersihan di kawasan itu sejurus mayat diserahkan kepada polis.

Saksi yang bekerja di Wisma Sanyan mendakwa melihat mangsa naik ke tingkat 22 bangunan berkenaan kira-kira 10 pagi.

Kejadian itu menggemparkan orang ramai di kawasan berkenaan dan video mengenainya tular di media sosial, menunjukkan mangsa memakai kemeja putih, bertali leher dan seluar hitam serta memakai pelitup muka. FMT

Peguam dipercayai kemurungan maut jatuh tingkat 22


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bersedia lawan varian Mu sekarang, kata ahli virologi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker