Ruhil Amani sudah bercerai

Ruhil Amani sudah bercerai

Teka-teki status rumah tangga artis era 1980-an, Ruhil Amani terjawab apabila penyanyi lagu Kawan itu mengesahkan sudah bercerai dengan suami, Jamil Wilson, sejak Mei 2019 lagi.

Ruhil, 48, mengesahkan perkara itu melalui hantaran Facebook (FB) berikutan dihujani pertanyaan mengenai status rumah tangganya dengan pemuzik berasal dari Autralia itu.

“Selepas berbincang dengan anak-anak kerana situasi ini membabitkan kehidupan mereka, saya buat kenyataan hari ini untuk mengelak tanda tanya dan salah faham yang boleh menimbulkan fitnah.

“Sebelum ini, saya ambil keputusan tidak memaklumkan (perceraian) kepada semua kerana sebagai ibu, tanggungjawab dan keutamaan saya adalah untuk melindungi anak-anak.

“Ariana ketika itu berusia 15 tahun dan perlu menduduki peperiksaan penting disusuli anak kedua, Raayan yang pada masa itu, berusia lapan tahun.

“Jadi tumpuan saya adalah untuk memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu. Perceraian buat sesiapa sahaja, tidak pernah adil buat anak-anak,” katanya.

Enggan mendedahkan punca perceraian, Ruhil berkata, perkara itu terlalu peribadi, lantas, biarlah hanya keluarga dan teman rapat sahaja yang tahu.

“Perkara ini sudah lama berlalu. Sudah takdir, setakat itu saja jodoh kami. Saya dan anak-anak redha dengan percaturan Allah SWT.

“Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan keluarga serta teman rapat, saya dan anak-anak dapat sesuaikan diri serta bahagia dengan fasa kehidupan baharu.

“Saya angat bersyukur kerana dianugerahkan anak-anak yang baik, kuat dan matang daripada usia mereka.

“Jadi, saya sangat hargai jika makluman ini (perceraian) tidak dipanjangkan lagi,” katanya yang berterima kasih kepada media kerana menghormati dan memberi ruang kepada dia dan anak-anak.

Ruhil berkahwin dengan Jamil pada 2003. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ruhil Ariana Wilson, 19, dan Raayan Alexander Wilson, 12. BH

Ruhil Amani sudah bercerai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker