BN Johor akan tanding semua kerusi dimenanginya – Hasni

BN Johor akan tanding semua kerusi dimenanginya – Hasni

BN Johor hanya akan bertanding guna lambang dacing

Umno dan BN Johor akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang di semua 19 kerusi yang telah dimenanginya sebelum ini, kata Menteri Besar, Hasni Mohammad.

Hasni yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Johor berkata, parti itu juga bertegas tidak akan menggunakan simbol selain simbol Umno dan BN.

“Parti membuat keputusan bahawa kita akan tetap guna lambang BN untuk menghadapi pilihan raya. Saya tak akan boleh terima jika Umno atau BN menggunakan lambang lain.

“Kita di Johor sudah jelas apabila kita tetap dengan pendirian menghadapi PRU-15 yang akan datang dengan menggerakkan parti di bawah lambang BN.

“Malah, kerusi-kerusi menang yang ditandingi BN sebelum ini akan terus ditandingi wakil kita.

“Termasuk juga kerusi kita menang tetapi berpindah ke parti lain, susah kita nak berkompromi soal itu. Mungkin ada perkara-perkara yang saya rasa boleh, tetapi untuk kita tidak pertahankan parti atau tidak menggunakan lambang dacing adalah sukar untuk berlaku di Johor,” katanya.

Hasni merujuk kepada tindakan tiga bekas Adun Umno di Johor iaitu Rosleli Jahari (Johor Lama), Rasman Ithnain (Sedili) dan Alwiyah Talib (Endau) yang menyertai Bersatu selepas kekalahan BN pada PRU lalu.

Pada PRU berkenaan, BN tewas di 37 kerusi daripada 56 kawasan yang ditandingi wakil Umno, MIC dan MCA termasuk kekalahan beberapa pemimpin kanan parti seperti bekas menteri besar, Khaled Nordin.

Hasni berkata dia tidak akan ‘memberi muka’ kepada parti lain untuk bertanding di 19 kerusi yang dimenangi BN pada PRU akan datang.

Umno kini hanya memiliki 14 kerusi DUN, manakala MIC masih memiliki dua kerusi. Bersatu pula memiliki 12 kerusi, PAS 1 kerusi dan Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi.

Bagaimanapun, Umno Johor berjaya merebut kembali tampuk pentadbiran kerajaan negeri berikutan krisis politik akibat ‘Langkah Sheraton’ pada tahun lalu.

Susulan tiu Hasni mengambil alih jawatan menteri besar daripada Sahruddin Jamal dari Bersatu yang sebelum itu menggantikan Osman Sapian.

Sementara itu, Hasni berkata persiapan gerak kerja PRU15 masih dilakukan pada masa ini walaupun kerajaan negeri perlu memberi tumpuan sepenuhnya untuk menangani wabak Covid-19. Mk

BN Johor akan tanding semua kerusi dimenanginya – Hasni


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bersedia lawan varian Mu sekarang, kata ahli virologi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker