Prestasi KJ teruk sebagai Menteri Belia , Jangan berharap sangat KJ sebagai Menteri Kesihatan
Oleh Nurul Aisyah
SEJAK kebelakangan ini kita melihat Khairy Jamaluddin kerap muncul di media massa dan media sosial. Isu-isu kecil seperti video viral turut tidak dilepaskan KJ. Sejam diumum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar respons berhubung isu video suntikan melibatkan kementeriannya.
Khairy terus membuat ciapan di Twitter rasminya dengan memuat naik video seorang lelaki yang sedang menerima vaksin dengan ciapan “Assalamualaikum”.
KJ antara menteri yang aktif “mempromosikan” diri beliau di media. Prestasi kerja adalah perkara nombor dua sahaja. Sebagaimana yang kita tahu, prestasi beliau sebagai Menteri Belia dan sukan tidaklah sehebat mana.
Ketika menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan, KJ pernah mengakui sendiri kegagalan beliau ketika Sukan Komanwel 2014.
Pertama sekali saya mengakui kita telah gagal. Tidak perlu saya bagi komen atau alasan yang lain. Bila Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan sasaran 7 pingat emas dan apa yang dicapai hanya 6, itu adalah kegagalan. Tidak perlu saya kata “sasaran hampir tercapai” atau “sebenarnya prestasi atlet kita baik, cuma tak menang”. A failure is a failure, full stop.- Khairy Jamaluddin .Ogos 6, 2014 08:27, Astro Awani
Selain daripada itu juga, prestasi jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei merudum apabila tersingkir awal pada saingan Siri Super Terbuka Jepun dan Korea Selatan pada tahun 2015. Namun jawapan KJ agak mengecewakan.
“Dia tidak boleh menang setiap masa. Dia juga manusia biasa,” KJ
Kegagalan KJ dalam dua temasya sukan berprestij menyebabkan beliau dikritik memandangkan beliau asyik dengan aktiviti yang dilihat mengabaikan tugas beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Sukan Komanwel dan Sukan Asia ternyata gagal namun ianya telah mendedahkan kelemahan KJ yang terus bergelut dengan prestasi pelbagai sukan negara ketika itu.
Kegagalan mencapai sasaran emas di Sukan Komanwel dan ditambah dengan persembahan yang jauh tersasar dalam Sukan Asia memburukkan lagi prestasi KJ.
Dalam temasya Sukan Komanwel, prestasi atlet kita bukan sahaja tidak dapat mencapai sasaran pingat, malahan kita berada di kedudukan lebih bawah daripada Singapura. Manakala dalam Sukan Asia pula, jumlah pingat emas yang diperolehi setaraf negara Mongolia.
KJ gagal mengarap dasar pembangunan sukan negara. Kelulusan Oxford beliau tidak mampu bantu KJ cemerlang sebagai Menteri. Beliau dilihat tidak mempunyai idea progresif untuk pembangunan sukan. Malah Persatuan Sepak Takraw negara yang berprestij turut tewas kepada Korea Selatan.
Kegagalan KJ sebagai Menteri Belia dan sukan menyebabkan timbul desakan agar beliau meletakkan jawatan dan bertukar ke portfolio lain.
“Khairy Jamaludin menteri kelahiran Oxford yang disangka hebat, rupanya hanya seorang hero ‘bed time story’ semata” Zuraidi Abdullah, Penyelaras Segmentasi Sukan SAMM, Solidariti Anak Muda Malaysia
Kini beliau merupakan Menteri Kesihatan setelah bertukar portfolio dari Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Berdasarkan kegagalan KJ sebagai Menteri Belia dan Sukan, rakyat tidak perlu menaruh harapan yang tinggi terhadap beliau.
Dalam MOSTI pun desas-desus KJ menyalahgunakan kuasa dalam pembelian vaksin dikatakan bertiup kencang. Mereka mempertikaikan jumlah pembelian vaksin tidak sama dengan jumlah pemberian vaksin kerana Malaysia turut menerima banyak derma vaksin dari seluruh dunia. Tetapi kita masih perlu membeli vaksin tambahan lagi. Katanya pengiraan matematik vaksin sangat meragukan.
You must be logged in to post a comment.