Remuk hati lihat mayat anak bongsu

Remuk hati lihat mayat anak bongsu

DUNGUN – Ibu kepada Ahmad Firdaus Afiq Che Yusof yang mati lemas di Sungai Dungun berhampiran Kampung Tok Kah bersyu­kur doanya agar jasad anaknya ditemui dimakbulkan Allah selepas tiga hari menunggu.

Senah Ismail, 62, berkata, dia sanggup tidak pulang ke rumah­nya sebaliknya bermalam di lokasi kejadian sejak Selasa lalu semata-mata untuk menunggu ‘kepulangan’ anak bongsunya itu.

“Selesai solat Subuh pagi tadi (semalam), saya pergi ke tebing sungai dan menadah tangan berdoa memohon Allah mempermudah urusan mencari anak saya (Ahmad Firdaus, 22).

“Saya letak kedua-dua tangan di permukaan sungai sambil berbisik mengharap jasad dia timbul segera agar dapat disemadikan bersebelahan pusara ayahnya yang meninggal dunia beberapa tahun lalu,” katanya semalam.

Senah berkata, walaupun ha­tinya remuk melihat mayat anak bongsunya, namun dia reda de­ngan ketentuan Allah.

Ujar ibu tunggal itu, dia bersyu­kur sekurang-kurangnya masih boleh menziarahi kubur Ahmad Firdaus yang merupakan anak bongsu daripada 10 beradik sekiranya rindu kelak.

“Jenazah Adik (Ahmad Firdaus) akan dikebumikan berhampiran pusara ayahnya, Che Yusof Che Musa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Pelandang di sini,” katanya.

Mayat Ahmad Firdaus yang hilang dibawa arus deras Sungai Dungun pada Selasa lalu berjaya ditemui semalam selepas hampir 40 jam operasi mencari dijalankan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat operator pengeluaran sebuah kilang memproses ikan itu ditemui di kawasan penyedut pasir di Serdang di sini pukul 8.15 pagi.


SENAH (kanan) mencium baju dipakai anak bongsunya yang dikhuatiri lemas di Sungai Dungun semalam.

“Mayat mangsa yang berseluar pendek ditemui tersangkut pada enjin salah sebuah tongkang penyedut pasir di kawasan itu.

“Dia ditemui kira-kira 3.3 kilometer dari tempat terakhir dia dilihat di Sungai Dungun berhampiran Kampung Tok Kah di sini,” katanya di sini semalam. K Online

Remuk hati lihat mayat anak bongsu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker