Pengganas serang pasar raya ditembak hingga mati
Pengganas serang pasar raya ditembak hingga mati
WELLINGTON – Polis New Zealand menembak dan membunuh seorang pengganas setelah dia menikam dan mencederakan sekurang-kurangnya enam orang di sebuah pasar raya Auckland.
Perdana Menteri Jacinda Ardern menyifatkan peristiwa itu sebagai “serangan pengganas” oleh seorang warga Sri Lanka yang berada di bawah pengawasan polis.
Identiti lelaki itu tidak dapat dikenal pasti.
Polis membunuh lelaki itu dalam masa 60 saat daripada serangan tersebut
“Apa yang berlaku hari ini adalah satu penghinaan, benci itu salah.
“Serangan ini dilakukan oleh individu,” kata Ardern.
Serangan itu berlaku di pasar raya di LynnMall dekat daerah New Lynn tengah hari tadi.
Lelaki itu didakwa mengambil sebilah pisau bersaiz besar dari rak kabinet di dalam stor dan terus menikam.
Seorang saksi memberitahu media Stuff NZ, suasana pasar raya itu seperti tempat kejadian histeria semasa kejadian tersebut.
Video dalam talian menunjukkan pembeli yang panik berlari keluar dari pasar raya sebelum terdengar bunyi tembakan.
“Orang ramai berlari keluar seperti histeria, menjerit, berteriak, takut,” kata saksi itu sambil menambah dia melihat seorang lelaki tua terbaring di tanah dengan luka tikaman. BBC
Pengganas serang pasar raya ditembak hingga mati
Baca Artikel Menarik :
- Animasi kisah Nabi Nurflix mendapat sambutan baik
- Rasuah lebih teruk dari daging babi – Ayob Khan
- Ajaran sesat PMYT, Sittah Annur disoal siasat disoal
- Wanita bersalin sendirian tidak patut berulang – TMJ
- Tangguh pemilihan Umno: SPRM terima aduan pegawai kanan RoS salah guna kuasa, rasuah
- Bekas timbalan menteri kesihatan kini penasihat khas Khairy
- Netizen korek identiti ‘amoi’ piza
- 7 Presiden Ini Dikatakan Paling Termiskin Dalam Dunia Serta Hidup Dalam Sederhana
- Pengacara televisyen dikecam minta tetamu tunjuk cara perkosa wanita [VIDEO]
- Lebih setahun tinggal dalam kereta, akhirnya lelaki dapat rumah
- Mengapa QARIN Mengajak Manusia Melakukan Kemungkaran
Layari Laman Facebook MYKMU